Petronas yakin menang lawan Kerajaan Sarawak esok
14:06 Jun 21, 2018  |  By SabahKini2
Petronas yakin menang lawan Kerajaan Sarawak esok

Petronas yakin menang, Kerajaan Negeri Sarawak yakin menang. Siapa esok menang? Ramai kata Petronas akan menang kerana jelas dalam PDA 1974

KUALA LUMPUR- Keputusan mengenai permohonan kebenaran untuk memulakan prosiding berhubung dakwaan hak milik Petroleum Nasional (Petronas) terhadap sumber minyak dan gas di Sarawak yang diadakan hari ini di Mahkamah Persekutuan di Kuala Lumpur akan diketahui esok.

Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri Persekutuan dan Pemantauan Projek Sarawak Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali yang berkata demikian menambah mahkamah mendengar hujah-hujah pasukan guaman Sarawak yang panjang lebar.

Keputusan mahkamah dibuat esok pada kira-kira 9.30 pagi. Doakan yang terbaik buat Sarawak,” katanya menerusi kenyataan hari ini

Menurutnya, pasukan peguam dianggotai Peguam Negeri Datuk Talat Mahmood Abdul Rashid, penasihat undang-undang negeri Dato Sri JC Fong, Timbalan Peguam Negeri Saferi Ali dan pegawai undang-undang Mohd Adzrul Azlan berhujah, antara lain

“Kita berhujah Mahkamah Persekutuan tidak mempunyai bidang kuasa eksklusif dan asli untuk mendengar usul ini”

Petronas diwakili peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar dan Khoo Suk Chyi. 

Mahkamah hari ini bersidang kira-kira dua jam mulai 9.45 pagi - dalam kes yang menyaksikan Petronas memfailkan permohonan di Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan pengisytiharan bahawa Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA) sebagai undang-undang terpakai bagi industri petroleum di Malaysia

Peguam Petronas dalam hujahnya menyatakan Mahkamah di Sarawak atau Sabah tidak berkemampuan untuk menyelesaikan kes ini.

Kes tersebut pada asalnya didengar di mahkamah pada 12 Jun, tetapi ditunda ke hari ini

Petronas pada 4 Jun, berkata ia adalah pemilik eksklusif sumber petroleum, serta pengawal selia industri huluan di seluruh Malaysia termasuk di Sarawak

“Petronas percaya penentuan oleh Mahkamah Persekutuan akan membantu memberikan kejelasan mengenai hak dan kedudukannya di bawah PDA.

“Walaubagaimanapun Petronas kekal komited untuk menyokong aspirasi Sarawak menyertai dalam industri minyak dan gas di negeri itu, selagi ia berada dalam rangka kerja PDA,” kata syarikat itu

Hasidah berkata Kerajaan Sarawak bersiap sedia menggunakan 'senjata utama' berbentuk dokumen penting berkaitan hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang diperoleh ketika delegasi kerajaan negeri berkunjung ke London, United Kingdom, Julai tahun lalu.

Dokumen yang enggan didedahkan secara terperinci kandungannya itu begitu penting untuk digunakan dalam penghujahan sama ada PDA 1974 masih boleh diterima pakai dalam pengurusan sumber minyak dan gas di perairan negeri ini

"Dokumen dari London banyak membantu, semuanya adalah asli dan semua dokumen yang kita bawa balik ini akan digunakan sepenuhnya sebagai bukti yang diperlukan di mahkamah nanti.

Pengamal undang-undang berpendapat jika Sarawak mahu kuasa penuh hasil minyak kerajaan sepatutnya membuat pindaan kepada Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA).

Petronas amat meyakini akan memenangi kes melawan Kerajaan Negeri esok. Petronas mengemukakan hujah-hujah yangn kukuh berdasarkan PDA 1974 yang sekian lama telah dilaksana di negara ini.

 

1 Comment