Shafie Apdal atur pertemuan 'minta nyawa' Dr Mahathir untuk Sabah dan Sarawak
13:06 Jun 24, 2018  |  By SabahKini2
Shafie Apdal atur pertemuan 'minta nyawa' Dr Mahathir untuk Sabah dan Sarawak

Agenda pertemuan diatur Shafie adalah pertemuan 'meminta nyawa' dari Dr Mahathir memandangkan kedudukan PPBM dalam PH hanya 12 kerusi

PUTRAJAYA: Kepimpinan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak hari ini membuat satu pertemuan yang diatur Shafie Apdal kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ia dizahirkan pada majlis jamuan ramah mesra bersama Dr Mahathir yang berlangsung di Seri Perdana di sini, yang dihadiri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta barisan kepimpinan kedua-dua negeri.

Mohd Shafie ketika ditemui selepas pertemuan lebih sejam itu menyatakan komitmen kerajaan negeri Sabah untuk mengeratkan ikatan dengan kerajaan persekutuan demi pembangunan negara secara keseluruhannya.

“Yang penting kerana Sabah dan Sarawak adalah negeri yang kita perlu lihat dari perspektif pembentukan negara.

“Kami beritahu kepada Dr Mahathir bahawa kami menyokong beliau membangunkan membangunkan negara ini” kata Mohd Shafie.

Sumber rapat kepada Shafie Apdal menjelaskan agenda pertemuan adalah pertemuan 'meminta nyawa' dari Dr Mahathir memandangkan kedudukan PPBM dalam PH hanya 12 kerusi dan sangat lemah berhadapan dengan DAP dan PKR. 

Dr Mahathir dikatakan meluahkan rasa untuk kekal sebagai Perdana Menteri selagi rakyat memerlukannya.

Turrut hadir ialah Datuk Madius Tangau Presiden UPKO orang yang paling lantang dan banyak menghina Dr Mahathir sebagai pencetus projek IC dan meluat kepada penghina rakyat Sabah

9 Comments