Kes Equanimity : Peguam Negara Lantik Firma Guaman miliknya Tommy Thomas
16:08 Aug 07, 2018  |  By SabahKini2
Kes Equanimity : Peguam Negara Lantik Firma Guaman miliknya Tommy Thomas

Luar biasa. Berusaha PH melunaskan janji 100 hari mereka sanggup membawa kapal Jho Low Equanimity ke Malaysia. Peguam yang dilantik ialah pasukan peguam dari Firma Guaman Tommy Thomas.

 

 

PELABUHAN KLANG: Tempoh enam hingga sembilan bulan diperlukan mahkamah bagi mengenalpasti hak pemilikan sebenar kapal mewah 'The Equanimity' yang dikaitkan dengan syarikat pelaburan 1MDB.

Peguam yang mewakili 1MDB dan kerajaan Malaysia, Jeremy Joseph, berkata pihaknya setakat ini menumpukan kepada deklarasi pemilikan kapal itu.

"Kita menjangkakan proses siasatan itu akan memakan masa antara enam hingga sembilan bulan, namun yakin ia dapat segera diselesaikan.

"Deklarasi pemilikan itu penting kerana firma guaman yang dilantik Jabatan Peguam Negara bertanggungjawab dalam urusan jualan atau lelongan kapal berkenaan.

"Kos penyelenggaraan kapal itu dianggarkan berjumlah RM3 juta sebulan. Ketika ini, ia (kos itu) akan ditanggung oleh kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Boustead Cruise Centre di sini, petang tadi.

Seorang lagi peguam dalam pasukan yang dilantik Peguam Negara sebagaimana dilaporkan The Star iaitu Sitpah Selvaratnam, berkata pasukan peguamnya menghabiskan masa kira-kira dua jam di atas kapal, mendapati superyacht berada dalam keadaan baik.

"Ia mempunyai krew 17 orang termasuk kapten. Apa yang kami lakukan pada hari ini ialah menyerahkan waran (penyitaan kapal itu) kepada kapten, "katanya.

Semakan Sabahkini2 di portal Majlis Peguam Sitpah Selvaratnam adalah peguam dari firma Tommy Thomas milik Peguam Negara. Ini bermakna kes Equamimity ini Tommy Thomas Peguam Negara melantik firma guamannya sendiri mengurus kes ini.

Apakah ini menunjukkan unsur kepentingan bayaran dari pejabat Peguam Negara kepada peguam dan firma guamannya Tommy Thomas?

7 Comments