Azhar Setiausaha Politik Menteri mengaku terima wang RM800 ribu dari kontraktor
18:08 Aug 17, 2018  |  By SabahKini2
Azhar Setiausaha Politik Menteri mengaku terima wang RM800 ribu dari kontraktor

Azhar SUPOL mengaku, Mat Sabu pula kata rela disiasat SPRM. 4 tahun Muflis tiba-tiba mampu bayar Muflis.Duit dari mana kalau bukan rasuah dari kontraktor? SPRM jangan Double Standard.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menyiasat  Mohd Azhar bin Che Mat Dali Setiausaha Politik Menteri Pertahanan sejak dua bulan lalu susulan laporan ahli Pakatan Harapan bahawa Azhar telah menerima RM800,000 untuk mengeluarkannya daripada status muflis.

[ ARTIKEL BERKAITAN : Setiausaha Politik Mat Sabu disiasat SPRM terima RM800k dari 12 kontraktor]

"Difahamkan, Mohd Azhar sudah pun dipanggil ke SPRM untuk dirakam percakapan sebaik pihak SPRM menerima laporan mengenai perkara itu.

"SPRM turut memanggil sepuluh lagi individu untuk dirakam percakapan termasuk beberapa kontraktor pertahanan dan ahli perniagaan," kata sumber dalaman

Sumber SPRM mendedahkan Azhar membuat pengakuan menerima wang dari beberapa kontraktor dan ahli perniagaan yang pernah menerima projek di kementerian pertahanan. 

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, mengesahkan SPRM sedang menyiasat setiausaha politik menteri itu namun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai perkara itu.

Setiausaha Politik Menteri itu sebelum ini diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi kira-kira empat tahun lalu dan status itu kekal sehingga hujung Mei lalu apabila jabatan itu menerima beberapa bayaran daripada beberapa pihak tertentu sebagai penyelesaian hutangnya.

"Bayaran itu dikatakan dibuat beberapa hari selepas Mohamad mengangkat sumpah sebagai Menteri Pertahanan 

Sementara itu Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang telah mendedahkan beberapa dokumen bukti pembayaran kepada Jabatan Insolvensi mengenai Setiausaha politik Mat Sabu itu dikecam oleh Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong.

Rafizi dalam satu kenyataan mendedahkan empat bayaran meragukan yang didakwa diterima pegawai itu, membabitkan jumlah RM318,525, RM100,000, RM300,000 dan RM100,800 pada 30 Mei dan 31 Mei lalu.

Liew Chin Tong, berkata Naib Presiden PKR itu tidak sepatutnya membuat pendedahan sewenang-wenangnya.

“Rafizi boleh menghubungi menteri atau saya atau individu yang dirujuk dalam kenyataannya untuk mendapatkan penjelasan.

“Tiada keperluan untuk pegawai itu dibicarakan menerusi media,” katanya.

Setiausaha Politik belum direman

Setelah dua bulan disiasat, pegawai dipanggil malah semua dokumen bukti pembayaran setinggi RM300 ribu dua kali kepada Jabatan Insolvensi sepatutnya SPRM sudah mereman Mohd Azhar.

Jika Azhar sejak 4 tahun lalu muflis dan tidak mampu membayarnya mana mungkin selepas Mohamad Sabu mengangkat sumpah sebagai Menteri Pertahanan beliau mampu membayarnya sekalipun dikumpulkan wang dari keluarga terdekat untuk jumlah RM800 ribu.

“Jadi ada sesuatu tidak kena melainkan ada janji kepada pihak yang membuat bayaran. Pastinya ada tawaran projek daripada Kementerian Pertahanan sebagai balasan apatah lagi beberapa kontraktor yang pernah mendapat projek di kementerian pertahanan," kata laporan itu.

Persoalannya bila Azhar perlu direman atau jika tidak pun siasatan didedahkan dan Azhar wajar didakwa segera di mahkamah?


Mat Sabu serah kepada SPRM.

Tahun lalu Mohammad Sabu menuduh SPRM menangkap Exco Pulau Pinang Phee Boon Poh sebagai tindakan motif politik. Beliau menuduh SPRM dengan pelbagai syak wasangka.

Bagaimanapun hari ini Setiausaha Politik beliau sendiri terlibat meminta wang dari 12 kontraktor RM 800 ribu.

Netizen mempersoalkan semula Mat Sabu apakah ini motif politik juga memandangkan SPRM kini di bawah telunjuk kerajaan Pakatan Harapan.

Selepas sahaja Kerajaan Pakatan Harapan dan SPRM gemar melakukan tangkapan dan pertuduhan untuk dihakimi dalam media mengapa pula Liew Chin Tong mengadu suspek tidak perlu dibicarakan menerusi media?

“Oleh itu digesa Ketua Pesuruhjaya SPRM mengambil tindakan yang sama terhadap Mohd Azhar Setiausaha Politik Menteri Perhahanan itu. SPRM Jangan ‘double standard’.’ kata sumber terbabit

192 Comments