Penasihat PM adik ipar Tun Daim nasihatkan PM hapuskan BR1M
22:08 Aug 25, 2018  |  By SabahKini2
Penasihat PM adik ipar Tun Daim nasihatkan PM hapuskan BR1M

BR1M ditukar Bantuan Sara Hidup (BSH) dan jumlah penerima BR1M juga dikurangkan kepada 4.1 juta penerima dengan peruntukan RM1.6 bilion. Sebelum ini 7.2 juta penerima BR1M. Kini bakal dimansuhkan

Sehari selepas pengumuman Pejabat Perdana Menteri  pelantikan Dr Muhammed Abdul Khalid adik ipar Tun Daim Zainudin sebagai penasihat ekonomi kepada perdana menteri beliau menasihatkan BR1M untuk rakyat Malaysia dimansuhkan.

Dr Mahathir dalam wawancara dengan sebuah portal berita memaklumkan kerajaan Pakatan Harapan mahu mengurangkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara berperingkat sebelum dihentikan sepenuhnya.

“Rakyat terlalu manja dengan BR1M. Sekarang kita tidak boleh berikan mereka wang lagi”.

“Rakyat miskin masih mahukan BR1M, mereka menjadi sangat bergantung kepada kerajaan dan ini adalah tidak baik. Mana-mana negara yang rakyatnya berasa kerajaan akan membayar wang walau tidak melakukan apa-apa, ia akan muflis,” katanya

[ARTIKEL BERKAITAN: Rakyat Miskin Terlalu Manja, BR1M Mesti Dihentikan - PM

 

Adik ipar Tun Daim itu juga merupakan ketua sekretariat Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) yang diketuai Tun Daim sendiri dikatakan berpengalaman selama lebih 20 tahun di dalam sektor ekonomi dan kewangan.

Penulis buku The Colour of Inequality: Ethnicity, Class, Income and Wealth in Malaysia dilantik Penasihat Ekonomi PM berkuat kuasa 27 Ogos ini namun sudah memberikan cadangan kepada PM agar mansuhkan BR1M untuk rakyat.

Semua tahu Pengerusi CEP Tun Daim Zainudin adalah proksi Dr Mahathir. CEP badan yang sangat berkuasa melangkauii kabinet dan menjadi kontroversi apabila ia diteruskan selepas 100 hari.

Meletakkan Dr Muhammed Abdul Khalid adik ipar Tun Daim sebagai Penasihat PM ia mengukuhkan lagi kedudukan Daim secara formaliti di pejabat perdana menteri.

Ia pasti akan memberi tekanan kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang sekarang sedang berusaha membawa kontraktornya masuk ke Kementerian Kewangan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Zenith Group bakal monopoli projek Lim Guan Eng dan Tony Pua di MOF ]

 

2 Comments