Warga asing yang ditemui melaporkan mereka mendapat borang edaran surat akuan sumpah melalui Pesuruhjaya Sumpah (No. PJS S163) yang juga Ketua Unit Kecemasan Jawatankuasa Penerangan Pusat Parti Warisan Sabah iaitu Kapten (Dr) Zulfikar bin Zulkifli
Restoran Samudera dimiliki oleh Pandatang Asing dari Filipina yang telah lama menetap di Malaysia
TUARAN: 29 Ogos lalu tular beberapa gambar warga asing menyerbu pejabat Pesuruhjaya Sumpah di Tuaran dan juga Klinik Medisinar. Dari borang yang diedar dan disahkan oleh pesuruhjaya sumpah orang ramai mengesyaki ia agenda Projek IC.
PBS Dun Tamparuli turut melaporkan kepada pihak polis memohoan siasatan dilakukan terhadap dua tempat iaitu di Restoran Samudera dan juga Klinik Medisinar Telipok.
“Pada 29 Ogos 2018 jam 10 pagi di Restoran Samudera Pekan Tuaran kami terlihat sekumpulan warga asing sedang membuat pengesahan dokumen melalui pesuruhjaya sumpah, maka itu kami tampil membuat laporan polis agar perkara itu disiasat dan sekiranya benar seperti yang tular dalam media sosial… Ini juga berlaku di Klinik Medisinar Telipok”.
Walaubagaimanapun pemilik premis Pesuruhjaya Sumpah di Restoran Samudera Umi Kalsom binti Seti dan juga Dr Zulfikar Klinik Medisinar masing-masing melaporkan kepada pihak polis selepas premis mereka tular dalam media sosial dan mereka menafikan kononnya mereka mengedarkan borang untuk mendapatkan kad pengenalan kepada Pendatang Tanpa izin (PTI).
“Kami terkejut apabila ditularkan dalam media sosial kononnya klinik ini beroperasi untuk mengeluarkan documentasi kad pengenalan kepada PTI atau Stateless di sekitar kawasan ini.
“Tindakan fitnah ini sudah tentu menjejaskan operasi serta perniagaan klinik Medisinar secara keseluruhannya akan terjejas. Kita yakin mereka ini berniat jahat untuk menjatuhkan perniagaan operasi klinik kami,” katanya
Kumpulan Klinik Medisinar dalam satu kenyataan akan mendapatkan nasihat perundangan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada individu atau mereka yang disyaki memfitnah operasi klinik medisinar dalam tempoh terdekat.
Umi Kalson di Restoran Samudera pula menegaskan akuan berkanun diaku didepannya adalah bertujuan memudahkan urusan rasmi dengan pelbagai agensi kerajaan seperti hospital, klinik, perkuburan masjid, PDRM, Imigresen, NGO dan sebagainya.
Semakan Sabahkini2 borang-borang yang diedarkan untuk Akuan Sumpah di premis Pesuruhjaya Sumpah kelihatan sangat janggal mengandungi maklumat warga asing, passport, maklumat diri warga asing dan beberapa kat perniagaan klinik Medisinar serta kad Jawatankuasa Penerangan Parti Warisan Pusat. Jelas Warisan adalah dalangnya.
[http://sabahkini2.com/en/news/1159/-menteri-upko-akur-arahan-projek-ic-shafie-apdal/view]
Borang- Permohonan di JPN, asal negara DLL perlu diisi
Penduduk tempatan Tuaran bernama Hanny Asni turut mengesahkan pemilik Restoran Samudera seorang berasal dari Filipina bahawa akuan sumpah di premis restoran itu sememangya untuk Projek IC.
“Saya telah bertanya dengan pemilik Restoran Samudera memang mereka mahu diberi kad pengenalan, kerana pemilik Samudera sekarang pun warga Filipin telah lama menetap di Tuaran. Mereka juga isi dokumen berkaitan untuk dapat surat beranak. Kita tawakal sahaja untuk sama-sama hidup dengan mereka..” katanya dalam facebook.
Penduduk Tuaran musykil mengapa hanya dua premis seperti Restoran Samudera dan Klinik Medisinar yang diserbu warga asing untuk mendapatkan pengesahan akuan sumpah berkanun ini. Lebih mengejutkan mereka mendedahkan Dr Zulfikar dari Parti Warisan Pusat yang mengedarkan borang itu dan diberi jaminan dipermudahkan kerana Parti Warisan sebagai parti pemerintah.
Apakah ini arahan dari Shafie Apdal Presiden Warisan yang juga Ketua Menteri untuk membantu projek IC baru-baru ini bagi warganegara yang berkahwin dengan pendatang asing?