(VIDEO) PPR Putatan: Menteri khususkan 150 unit untuk ‘Orang Semporna’?
15:09 Sep 19, 2018  |  By SabahKini2
(VIDEO) PPR Putatan: Menteri khususkan 150 unit untuk ‘Orang Semporna’?

Hanya 500 PPR Taman Sri Serigai Putatan. Jumlah yang mohon lebih 6000. 150 kuota Menteri, MP 50 dan Adun 50. Bakinya 250 dibuka kepada orang awam.Dilaporkan kuota Menteri khusus untuk 'Orang Semporna'. Rakyat pula berebut dan bersesak beli borang.

 

Rempuhan Pintu. Kecoh kerana borang RM5 

KOTA KINABALU: Peristiwa tahun 2016 berulang kembali apabila pintu masuk Dewan Sri Putatan pecah lagi dalam insiden tolak menolak ketika lebih 6,000 orang hadir untuk mengambil borang Projek Perumahan Rakyat (PPR) Putatan semalam.

Orang ramai mulai memenuhi pekarangan dewan seawal jam 6 pagi bagi mengisi borang kekosongan rumah PPR yang ditawarkan menerusi sesi pembelian borang berkenaan.

Borang yang berharga RM5 itu laris dijual sehingga berlaku kekecohan di pintu masuk utama selepas orang ramai mulai berasak-asak untuk memasuki dewan, namun ia berjaya dileraikan secara aman oleh polis dan pasukan keselamatan lain yang bertugas.

 

Nampaknya Majlis Daerah Putatan belum bersedia untuk membuat perubahan walaupun pernah melalui insiden yang sama. Cadangan netizen sebelum ini agar permohonan dibuat secara online tidak diambil kira tetapi keuntungan jualan borang RM5 menjadi keutamaan Majlis Daerah Putatan

Sumber dalaman Majlis Daerah Putatan mendedahkan penjualan borang hanyalah formaliti sahaja. Hanya 250 sahaja dibuka kepada umum.

“150 unit kuota untuk Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah (Datuk Jaujan) bakinya 50 unit untuk Ahli Parlimen Putatan dan 50 lagi Adun Petagas”.

“Bukan itu sahaja 150 kuota Menteri ini dikhaskan untuk orang-orang Semporna yang tinggal di Kota Kinabalu”. kata pegawai itu tidak mahu namanya didedahkan.

Amylia, 35 yang pernah berurusan dengan Pegawai Datuk Jaujan juga memaklumkan adanya kouta ini jika mahu mendapatkan rumah di PPR Serigai Putatan itu.

“Kata pegawai menteri itu adalah perkara biasa sokongan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, ahli parlimen dan adun bagi kawasan Putatan. Malah Menteri mempunyai kuasa untuk menyokong mana-mana permohonan projek PPR sebelum ini kepada PBT”. katanya

Jika benar dakwaan hanya 250 sahaja yang dibuka umum dan bakinya lagi berdasarkan kuota bermakna 6000 orang yang berebut-rebut membeli borang itu jelas diperdaya.

Kaedah lapuk Majlis Daerah mengendalikan penjualan borang itu turut dikecam hebat.

Ramlah Yussof pengguna facebook berkata semua ini menyusahkan rakyat.

“Apalah kerajaan menyusahkan rakyat, onlinekan sajalah permohonan itu kemudian tapis secara telus barulah sayangkan rakyat”. katanya

Abah Ice pula menulis keadaan dewan Putatan yang sesak sehingga menyebabkan berlakunya kecederaan gara-gara berebut mengambil borang.

Sementara itu Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah yang juga Adun Petagas, Uda Sulai meminta Majlis Daerah Putatan memastikan proses pengedaran borang permohonan Projek Perumahan Rakyat (PPR) diaturkan dengan baik bagi mengelakan perkara yang tidak diingini berlaku.

“Saya harap orang ramai bersabar dengan keadaan yang berlaku pada hari ini berikutan adanya insiden tolak menolak, malah pintu masuk turut pecah.

“Kita berharap, kelemahan pengurusan dapat diatasi segera bagi memastikan tiada kejadian buruk berlaku pada masa depan,” katanya.

PPR Meruntum, Taman Sri Keramat,Ketiau dan terbaru PPR Taman Serigai adalah projek yang dilaksanakan oleh kerajaan BN sebelum ini. 

Berita Astroawani melaporkan mengenai rempuhan pintu di Dewan Sri Putatan

PPR TAMAN SRI SERIGAI PUTATAN YANG MENJADI REBUTAN

 

50 Comments


Shuhaila bte Siama | 3 hours ago
Bg la ba yg betul² bergji rendah ni smua yg berkereta mewah eemmmm
zia | 5 hours ago
knpa ckp ppr klo ada lg khas untuk adun sgala menteri?? tu smua org yg mampu beli rumah mahal2 besar2...kerajaan skrg ni nal buat org kaya tmbah senang org susah tmbah susah ye?.kerajaan skrg ni BODOH ler
Alfaqir | 6 hours ago
Kenapalah ada kuota2 utk adun la...kuota utk menteri lah...buka jak la semyanya utk permohonan rakyat..lebih2 lagi 150 unit khusus utk org semporna ? Bagi lah ahli kariah dahulu.....org semporna kan tetap org daerah semporna...tidak relevan kalau engkau reservekan utk diorg sedangkan org tempatan dikurangkan kuotanya...nampak sangat ko maw jaga kroni2 engkau...
naruto | 6 hours ago
kesian...
Yg brkenaan | 6 hours ago
Bodoh lah.. Mana2 krajaan d sbh ni pun semua sama aja.. X apa yg brubahnya.. Masih lg brtuhan kan duit & pangkat.. Yg kaya tetap kaya. Miskin tetap miskin x akan d bantu. Klau d bantu pun prlu ada byk wrtawan sbg bukti knon. Klau la kita smua rakyat sabah 1 hati untuk tetang org dlm krajaan yg teruk bgni kan bgus spt org2 d jepun. Menteri yg prngai truk dorg akan tentang habis2an.
AG. ISMAIL AG. JAMUDIN  | 6 hours ago
Slm, yg Pling Sedih Sekali kmi Penuduk kg Serigai Langsung x Ada Peluang... Semua untk Pak Menteri Punya Orang... Kmi Cuma Dpt Tengo aja lah.... Malang Sungguh Mlang Nasib kmi.. Menteri x Kisah Pun....
Rik  | 6 hours ago
Itulah kau bossku undi warisan