ISTERI kepada pembantu yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah Majilis membuat laporan polis hari ini
Polis Sabah mengesahkan menerima laporan dan sedang menyiasat perkara itu.
“Kami sedia maklum terdapat dua laporan dibuat, satu daripada ahli Parlimen dan satu lagi daripada isteri pembantunya.
“Kami sedang mengambil langkah dan tindakan yang perlu berhubung kes ini.
“Kami menggesa masyarakat awam agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini, dan menghormati privasi kedua-dua pihak serta membantu siasatan kami,” kata Pesuruhjaya Polis Sabah Omar Mammah.
Omar berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 500 kerana fitnah dan Seksyen 233 di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia.
Semalam, timbalan menteri persekutuan itu berkata, beliau telah membuat laporan polis berhubung dakwaan hubungan sulit oleh blogger berkenaan
Isnaraissah dari Parti Warisan Sabah menafikan dakwaan hubungan sulit dengan pembantunya yang dikatakan turut menghadapi masalah rumah tangga. – 25 September, 2018
Sumber: The MalaysianInsight