Bekas Setiausaha Eksekutif LDP Phillip Tsen sendiri mengaku Datuk VK. Liew menerima sumbangan kewangan dari bekas Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak sebagai pemimpin Barisan Nasional ketika itu.
[ARTIKEL BERKAITAN: Terbongkar: V.K Liew Menteri Undang-Undang terima RM3.5 juta dikait 1MDB ]
Datuk Teo Chee Kang mendedahkan LDP tidak pernah mengetahui wang 1MDB dan derma Najib itu disalur ke dalam akaun LDP. Dan selepas mengambil alih LDP serta penukaran penandatangan di bank barulah diketahui butiran kehilangan RM3.5 juta yang mencurigakan.
“Parti meyakini Datuk VK Liew telah menyeleweng dana RM3.5 juta itu dan mungkin dana lain lagi. Baru kini kami tahu sejumlah wang dari 1MDB diberi kepada Datuk VK Liew, isunya dimana dana itu”. kata sumber LDP
Chin Su Phin
Datuk Chin Su Phin, pemangku Presiden LDP Sabah turut mengesahkan dan melaporkan kepada SPRM mengenai dana RM3.5 juta yang diberi Najib kepada VK Liew itu.
“Pada tahun 2013, Najib Razak memberikan dana RM3.5 juta kepada LDP dalam masa sama Datuk VK Liew yang juga presiden telah mengarahkan Bendahari Parti untuk menandatangani cek dalam jumlah sama RM3.5 juta tanpa memaklumkan kepada ahli parti. Wang itu hilang sejak itu”. katanya.
Phillip Tsen
Phillip Tsen, Setiausaha Eksekutif LDP selaku penyokong kuat VK Liew mempersoalkan dakwaan Chin mengenai Bendahari Agung Ken Fong yang kononnya “dipaksa” oleh Liew untuk menandatangani cek mengeluarkan wang dana sumbangan itu.
“Kenapa Ken Fong tidak melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis pada masa itu?” soalnya.
Walau apapun yang berlaku dan ke mana wang itu hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah RM3.5 juta itu jelas dikaitkan dengan dana 1MDB dan derma dari akaun Najib yang disiasat sekarang. Oleh itu sudah pasti VK Liew juga wajar disiasat SPRM dan Polis di bawah AMLA.
LDP dijadualkan mengadakan kongres parti 21 Oktober 2018 pastinya isu dana RM3.5 juta ini bakal meletup mengaitkan VK Liew bekas presiden yang kini adalah Menteri JPM (Undang-undang).
Netizen mempersoalkan apakah kedudukannya sebagai Menteri Undang-undang sekarang melepaskan dirinya dari siasatan SPRM dan PDRM yang sekarang sedang giat mendakwa Najib Razak.