KOSONGKAN KERUSI N48 SUKAU, HADAPI PILIHANRAYA KECIL SECARA BERMARUAH
Kenyataan Datuk Saddi bin Abdul Rahman, ADUN Sukau adalah satu kenyataan yang tidak berasas. Menuduh kepimpinan UMNO Bahagian Kinabatangan tidak memberikan kerjasama kepada beliau adalah keterlaluan.
Kalau betul tuduhan yang YB katakan ini, kenapa YB masih menang lagi di Sukau? Jentera BN bertungkus-lumus untuk memastikan kemenangan YB biarpun mendapat tentangan yang hebat daripada parti lawan. Janganlah sudah habis madu sepah pula dibuang.
Kembalikan hak kami jika YB menuntut hak YB. Kami sebagai pengundi mahu YB mengosongkan kerusi N.48 Sukau dan biarkan kami memilih siapa yang layak untuk mewakili kami dalam Dewan Undangan Negeri.
Sudahlah, YB tak perlu berdalih dengan alasan yang tidak masuk akal. Kosongkan dan mari kita lihat siapa yang lebih berkuasa. Rakyat atau YB?
Badrul Hisham Juhari
Naib Ketua
Pergerakan Pemuda UMNO Kinabatangan