Ini kali kedua Mujahid Menteri JPM U-Turn selepas itu penggunaan tandas LGBT. Jadi isu serbuan khalwat atau 'tiada lagi ketukan atau pintu dipecahkan’ jika U-Turn tidak menghairankan
KUALA LUMPUR- Selepas kecoh dan panas dengan isu kerajaan tidak lagi melaksanakan serbuan khalwat kepada pasangan Islam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof akhirnya U-Turn dan tampil menafi bahawa dirinya mengeluarkan kenyataan berkenaan.
Katanya seperti yang dipetik laporan TV AlHijrah, beliau menganggap kenyataannya dimanipulasi akhbar berbahasa Inggeris, The Star.
Jelasnya, beliau hanya menyebut tentang salah guna kuasa penguatkuasaan di ruang awam dengan ruang peribadi yang tidak mengikut kaedah atau cara Islam.
“Kenyataan saya dalam temubual The Star itu apa yang disebut dalam kepala tajuk tidak keluar dari mulut saya.
“Saya hanya bercakap tentang isu kesalahan ataupun yang dikatakan ruang awam dengan ruang peribadi. Saya menumpukan tentang salah guna kuasa dan pencerobohan di ruang peribadi yang tidak menggambarkan kaedah dan cara Islam,” katanya.
Mujahid seperti yang dipetik laporan The Star sebelum ini berkata, apa yang dilakukan oleh individu di sebalik pintu yang bertutup adalah bukan urusan kerajaan.
Penegasannya itu berkaitan aktiviti peribadi yang dilakukan dalam kawasan persendirian yang menggambarkan maksiat seperti khalwat dan zina adalah urusan peribadi jika dilakukan ditempat tertutup.
[ARTIKEL BERKAITAN: Boleh khalwat dan zina jika urusan peribadi, tiada lagi ketukan pintu tengah malam- Menteri Agama ]
Justeru, beliau berkata, jika pegawai agama mendapat laporan khalwat atau aktiviti lain yang menyalahi agama Islam ‘tiada lagi ketukan atau pintu dipecahkan’.
Mujahid ketika dihubungi TV Al Hijrah menambah, beliau tidak pernah menyebut isu kononnya mengarahkan operasi dihentikan pada waktu malam.
“Tidak diketuk pintu itu semua adalah tambahan daripada editor yang mengambil rumusan mereka sendiri daripada kenyataan saya. Sila rujuk kepada temubual yang di dalamnya lebih tepat kepada maksud yang saya ingin sampaikan,” katanya.
Dalam Instagramnya Mujahid Rawa dia menggelar pengkritiknya sebagai ‘Haters are haters’. katanya macam-macam dikatakan oleh pembencinya.
“Jaga..Jangan do buat lece..fitnah tu pi balik kat hampa baru hampa tau….”. katanya.
13 Ogos lalu Dr Mujahid Yusof Rawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri memohon maaf dan menarik semula kenyataannya yang kurang sesuai semasa sidang media selepas pertemuan dengan wakil transgender, Nisha Ayub mengenai penggunaan tandas awam dan beberapa perkara lain.
Mujahid U-Turn tidak menghairankan