(VIDEO) Kali ketiga YB DAP Melaka mengamuk terserlah makin biadap dan menghina rakyat!
03:10 Oct 10, 2018  |  By SabahKini2
(VIDEO) Kali ketiga YB DAP Melaka mengamuk terserlah makin biadap dan menghina rakyat!

Sudah beberapa siri rakaman video YB DAP Melaka ini mengamuk dan dirakam menghina rakyat. Siri ketiga ini nampaknya lebih serius dengan kata-kata kesat tidak hormat orang tua.

“Siapa YB aku atau Kau YB”

Tular di media sosial hari ini wakil rakyat DAP Norhizam Hassan Baktee yang juga Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Melaka mengherdik, menghina dan biadap terhadap orang warga tua kerana bantahan penduduk setempat tentang isu jalan ditutup di satu taman perumahan.

Tiga video yang tular semalam sebenarnya menambah koleksi dua peristiwa kekasaran dan sikap YB DAP Norhizam Hassan Baktee ini. Sebelum ini kisah bendera dan serbuan stor baja orang kampung.  

Mengamuk 1: Norhizam Hassan Baktee Exco Dap Melaka Bergaduh Dengan Nelayan Miskin

Mengamuk 2: YB DAP Melaka Norhizam Hassan Tunjuk Samseng Halau Penduduk isu tanah

Kali ini netizen mengecam dan menyelar sikap Timbalan Pengerusi DAP Melaka itu. Walau apapun isu tidak wajar seorang wakil rakyat terpekik-pekik dan menjerit memarahi orang tua atau rakyat yang mengadu masalah kepadanya.

Perbincangan antara sekumpulan penduduk dan Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani negeri itu, bagi menyelesaikan masalah itu bertukar sebaliknya menjadi perbalahan.

VIDEO 1

VIDEO 2

Dua jalan alternatif di Taman Akasia, Pengkalan Batu, Melaka Tengah ditutup sehingga menyukarkan penduduk berhampiran menjalankan urusan seharian.

Ia berlaku apabila sekumpulan kira-kira 20 wakil penduduk kampung terbabit menghampiri dan menyapa Norhizam Hassan Baktee yang hadir bagi menjelaskan isu penutupan jalan berkenaan.

Wakil penduduk, Juliah Mohamat berkata, penduduk perlu berunding kerana jalan terbabit digunakan bukan sekadar orang kampung, malahan pengguna penduduk sekitarnya juga.

“Rundingan perlu dilakukan kerana ia jalan utama bukan saja digunakan penduduk kampung ini, malah mereka yang tinggal di Bukit Beruang dan Ayer Keroh turut menggunakannya.

“Keputusan penutupan jalan ini dibuat secara terburu-buru tanpa sebarang rundingan bersama penduduk kampung”. katanya

Antara dialog-dialog yang menyirapkan darah rakyat ialah “Saya tak nak bercakap dengan orang yang tak bersekolah," “Awak orang kampung, guna jalan kampung”, “Kau kenal aku sapa?”, “Siapa YB aku atau Kau YB” trending menyebabkan ada videonya ditonton netizen sehingga lebih 250 ribu views dan 3000 komen mengecam YB DAP itu.

Komen-komen Netizen jelas mengecam sikap sombong wakil rakyat DAP itu.

 

 

Apakah akan berlaku jika YB DAP ini mengamuk kali keempat dengan memarahi penduduk kampung sehingga ke tahap menghina mereka? nampaknya Lim Guan Eng Setiausaha Agung DAP sangat sayang YB DAP Melayu Melaka yang gila ini.

4 Comments