KOTA KINABALU: Jabatan Pendidikan Sabah akan menyenaraikan sekolah daif yang memerlukan penyelenggaraan segera, kata Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Maimunah Suhaibul.
“Kita sememangnya sudah mempunyai rekod sekolah yang daif di Sabah…kita akan laksanakan (kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan sekolah daif ini),” katanya kepada pemberita.
Maimunah berkata dengan peruntukan itu lebih banyak sekolah daif di seluruh negeri akan diselenggara dan diperbaiki.
“Kita bertuah dapat keistimewaan begini…kita bersyukurlah atas pengumuman bajet oleh perdana menteri kita,” katanya.
Beliau berkata pada masa ini, 30 buah sekolah daif sedang diselenggara dan dibaiki oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) dan dijangka siap pada Disember ini, bagaimanapun ia tidak termasuk dalam peruntukan RM1 bilion itu.