Benarkah Shafie tidak tahu? Kenapa terkejut? sedangkan Imigresen bawah Azis Jamman anak saudaranya yang juga Timbalan Menteri KDN. Tak mungkin Azis tidak maklumkan Shafie Apdal untuk bantu 'Stateless'?
KOTA KINABALU: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan menjelaskan isu penerimaan permohonan pendaftaran anak-anak pemegang dokumen IMM13 adalah di luar pengetahuannya dan kerajaan negeri memandangkan perkara tersebut dikendalikan Jabatan Imigresen Malaysia sebuah jabatan di bawah kerajaan Pusat.
Mohd Shafie berkata beliau terkejut selepas mendapat tahu mengenai perkara itu dan mengarahkan supaya penerimaan permohonan pendaftaran anak-anak mendapatkan dokumen IMM13 daripada ibu bapa pemegang dokumen IMM13 dihentikan serta merta.
"Kerajaan negeri tidak mengetahui penerimaan permohonan anak-anak pemegang dokumen IMM13. Ketika saya mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan dua-tiga hari lalu, isu ini tidak ada disentuh mahupun dibincangkan kerana kami hanya membincangkan bagaimana cara terbaik untuk meningkatkan keselamatan di persempadanan negeri.
"Saya terkejut dan mengetahui IMM13 ketika berada di Kuching, Sarawak. Saya serta-merta mengarahkan mereka supaya menghentikannya penerimaan permohonan anak-anak pemegang dokumen IMM13 kerana perkara ini di luar pengetahuan kami," katanya.
Shafie Apdal tidak mengetahui apa arahan dibuat oleh Datuk Azis Jamman Timbalan Menteri KDN yang juga anak saudaranya bagi wakil Sabah dalam kementerian itu. Beliau perlu memeriksa terlebih dahulu apa yang berlaku.
Mohd Shafie berkata demikian ketika diminta mengulas isu penerimaan permohonan pendaftaran anak-anak pemegang kad IMM13 di Sabah dan Labuan selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tritahunan UPKO ke-15 di sini, hari ini.
Semalam, Jabatan Imigresen Malaysia Sabah menghentikan penerimaan permohonan pendaftaran anak-anak untuk mendapatkan dokumen IMM13 daripada ibu bapa pemegang dokumen IMM13 berkuat kuasa serta-merta (12 Okt) di seluruh negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Selepas dikecam permohonan IMM13 dihentikan serta-merta ]
Terdahulu, satu rakaman video tular di media sosial menunjukkan orang ramai dipercayai warga asing membanjiri Pejabat Unit Khas Jabatan Imigresen di Wisma Dang Bandang, dekat sini, seterusnya mengundang pelbagai persepsi yang mendakwa pemberian dokumen itu memudahkan mereka mendapat kad pengenalan sebagai warga tempatan.
[ARTIKEL BERKAITAN: (VIDEO) PTI Serbu Dang Bandang demi IMM13 yang dihidupkan semula oleh Warisan ]
Untuk rekod, pendaftaran dokumen IMM13 telah dihentikan sejak 2013, yang mana, dokumen itu dikeluarkan kepada warga Filipina yang melarikan diri ke Sabah pada tahun 1970-an dari negara asal mereka di selatan Filipina ekoran krisis politik di wilayah selatan negara itu.
Dalam perkembangan berkaitan kerana kes ini Mohd Shafie berkata kerajaan negeri mahu kuasa kerajaan Pusat dalam mengendalikan pendokumentasian pengenalan diri khususnya bagi rakyat Sabah dipindahkan kepada kuasa kerajaan negeri bagi membolehkan isu PATI di negeri itu dapat diatasi secara tuntas.