Ramai terkejut Kundasang ada 27 Tempat Menarik boleh dikunjungi!
08:10 Oct 14, 2018  |  By SabahKini2
Ramai terkejut Kundasang ada 27 Tempat Menarik boleh dikunjungi!

Siapa menyangka Ranau dan Kundasang ada banyak tempat menarik. Selalu kita hanya membayangkan Gunung Kinabalu. Cuti ini Jom kita ke sana. Kos lebih murah dan enjoy!

Tempat menarik di sekitar Kundasang, khas untuk panduan percutian anda!

Cuti hujung tahun semakin dekat. Jika melancong ke Sabah jangan lupa singgah ke Kundasang Sabah. Siapa tahu dan percaya bahawa di Kundasang ada 27 tempat menarik boleh dikunjungi. Orang Sabah sendiri ramai tak tahu tempat-tempat ini. Ranau adalah destinasi yang menyamankan. Jom ke Ranau.

Daerah Ranau, sememangnya terkenal dengan pelbagai tempat menarik di Kundasang khasnya. Selain daripada Gunung Kinabalu, Desa Cattle Dairy Farm dan Kinabalu National Park yang memang telah dikenali ramai di serata dunia, banyak lagi tempat menarik yang terdapat di sekitar Kundasang yang mungkin belum pernah anda kunjungi.

Tempat menarik ini sentiasa bertambah disebabkan sambutan pelancong yang sentiasa meningkat dari semasa ke semasa disebabkan keunikan kawasan Kundasang itu sendiri.

Udara yang segar dan nyaman, kawasan yang tinggi dan sejuk dan sangat sesuai dengan mereka yang berada di kawasan bandar, mereka yang ingin lari dari dari kesibukan kota, atau merehatkan diri dan menenangkan fikiran dari suasana kerja yang memang memeningkan.

Tambahan lagi cuaca di kawasan bandar yang sememangnya bercuaca panas dan lembab. Oleh sebab itu, Kundasang merupakan pilihan terbaik untuk bercuti dan bersantai bersama keluarga dan sahabat handai.

Tempat menarik di sini termasuklah pusat sukan dan rekreasi, pusat penginapan yang menarik, taman-taman dan pusat pertanian.

1. SOSODIKON (PYRAMID) HILL, KUNDASANG

Bagi mereka yang meminati aktiviti lasak seperti mendaki, maka Sosodikon Hill atau Bukit Sosodikon merupakan salah satu tempat yang sesuai untuk anda.

Sosodikon Hill terletak lebih kurang 5 km dari Pekan Kundasang. Untuk sampai ke bukit ini, anda perlu menggunakan jalan yang sama ke Desa Cattle Dairy Farm dan Mount Kinabalu Golf Club.

Bukit Sosodikon terletak di sebelah kanan simpang ke Desa Cattle Dairy Farm. Anda perlu meletakkan kereta di tepi jalan dan berjalan kaki dalam lebih kurang 1.5km untuk sampai ke pintu masuk Bukit Sosodikon. Kemudian, pendakian sebenar adalah lebih kurang 20 minit dengan berjalan kaki.

Yuran masuk hanyalah RM 3.00 sahaja. Apa yang menanti anda di puncak adalah bukit yang seolah-olah berbentuk piramid. Anda pasti terhibur sepanjang perjalanan kerana kiri dan kanan anda ditumbuhi dengan tumbuh-tumbuhan menghijau dan memukau penglihatan.

2. J. S NURSERY KUNDASANG

J.S Nursery merupakan pusat penanaman tumbuhan seperti bunga-bungaan yang mana terletak di pertengahan jalan menuju ke Desa Cattle Dairy Farm, juga tersenarai dalam kategori tempat menarik di Kundasang kerana di sini anda pasti akan terpersona melihat pelbagai jenis bunga-bunga yang cantik.

Bagi anda yang meminati tumbuh-tumbuhan seperti bunga, maka tempat ini sangat sesuai untuk anda. Anda boleh membeli seberapa banyak bunga hidup yang anda perlukan bergantung kepada bajet anda.

Namun begitu, anda perlu bertanya kepada pakar tumbuhan disini sebelum membuat pembelian disebabkan mungkin ada antara bunga atau tumbuhan tidak sesuai dengan keadaan cuaca yang sedikit panas. Anda juga boleh mengambil gambar di kawasan ini berlatarbelakangkan rimbunan bunga yang mempersonakan.

3. DREAM WORLD RESORT KUNDASANG

Dream World Resort dikenali ramai disebabkan persekitarannya yang begitu memmpersonakan terutamanya pada waktu petang. Berlatarkan Gunung Kinabalu, suasana sekeliling yang ditumbuhi oleh tumbuh-tumbuhan menghijau, terletak di lereng bukit serta udaranya yang sejuk dan nyaman melengkapkan lagi daya tarikan di tempat ini.

Jika anda pernah pergi ke tempat ini, mungkin pada percutian akan datang, tempat ini akan jadi pilihan penginapan utaman anda. Jika anda menginap di tempat ini, jangan sia-siakan waktu senja anda. Nikmatilah waktu tersebut kerana suasana diwaktu petang dan senja mungkin jauh berbeza dengan apa yang anda pernah alami sebelum ini.

Namun begitu, anda perlu membuat tempahan dengan lebih awal disebabkan penginapan di Dream World Resort adalah terhad terutamanya pada musim cuti sekolah.

4. GERAI SAYUR TEPI JALAN KUNDASANG

Gerai sayur yang terletak di tepi jalan Pekan Kundasang sememangnya terkenal dengan sayur-sayuran yang cukup segar. Juga terdapat buah-buahan seperti strawberi dan buah markisah serta keropok yang dijual di sini. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan.

Bagi mereka yang menginap di homestay di sekitar Kundasang, bagaimana kalau anda mendapatkan sayur-sayuran ini dan memasaknya sendiri di homestay ?

Pasti perbelanjaan anda akan dapat dijimatkan berbanding dengan makan di restoran berhampiran. Atau anda boleh juga membeli sayur di hari terakhir anda berada di tempat menarik ini dan membawanya sebagai buah tangan untuk rakan atau ahli keluarga anda.

5. KINABALU NATIONAL PARK, KUNDASANG

Kinabalu National Park dilengkapi dengan penginapan, trekking untuk aktiviti sukan atau bersiar-siar, pintu utama ke puncak Gunung Kinabalu, restoran, pusat maklumat dan sebagainya.

Kinabalu National Park dikategorikan sebagai tempat yang menarik disebabkan banyak aktiviti yang anda boleh lakukan disini. Antaranya ialah bersantai di pondok-pondok yang telah disediakan, berjalan kaki ke kawasan air terjun, jungle trekking, melihat atau mengunjungi pusat maklumat taman kinabalu dan sebagainya.

Tempat ini merupakan tempat yang menjadi tumpuan ramai pelancong terutamanya pada musim cuti. Tidak hairanlah jika tempat ini sentiasa sesak dan dikunjungi oleh orang ramai dari dalam dan luar negara. Anda wajib mengunjungi tempat ini jika berada di Kundasang kerana ianya merupakan salah satu pusat tarikan utama di Daerah Ranau khasnya.

Lokasi Taman Kinabalu adalah terletak di perantaraan jalan Tamparuli-Ranau. Ianya mengambil masa lebih kurang 11 minit pemanduan dengan jarak kira-kira 7 km dari Pekan Kundasang.

6. STRAWBERRY DAN ROSE GARDEN KUNDASANG

Jika anda berada di di Pekan Kundasang, selain dari War Memorial Park, Strawberry dan Rose Garden juga merupakan taman yang menarik untuk dilawati. Kawasan ini betul-betul berhadapan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Kundasang, Ranau.

Kawasan kebun strawberi dan bunga di sini agak luas. Anda boleh melihat bagaimana kaedah penanaman strawberi dan melihat buah strawberi yang sedang masak ranum.

Pelbagai jenis bunga ros juga ditanam di sini. Terdapat juga bunga-bunga lain seperti bunga matahari, kaktus,lily dan sebagainya.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mengunjungi tempat ini dan bawalah kamera anda bersama-sama. Disini, anda juga boleh mendapatkan buah strawberi yang segar, anak pokok bunga dengan harga yang sangat berpatutan.

7. KINABALU PINE RESORT,KUNDASANG

Kinabalu Pine Resort dinamakan sempena dengan pokok pine yang tumbuh di sekeliling atau di sekitar kawasan penginapan ini. Tempat ini semakin popular dan menjadi pilihan ramai pengunjung disebabkan balkoninya yang betul-betul berhadapan dengan pemandangan Gunung Kinabalu.

Suasana di tempat ini juga dijaga dengan rapi, dimana bunga-bungaan yang sesuai ditanam dan suda pasti udaranya juga sejuk dan nyaman. Anda tidak perlu risau dengan rasa sejuk untuk mandi kerana alat pemanas telah disediakan.

Bagaimana pula dengan makanan ? Kinabalu Pine Resort juga tersedia dengan restoran, jika anda keletihan untuk memandu ke restoran di sekitar Pekan Kundasang, bagaimana jika anda berjalan kaki untuk mencuba menu di restoran Kinabalu Pine Resort pula ?.

Lokasi tempat penginapan menarik ini sangat mudah untuk dikesan, ianya lebih kurang 1km sahaja dari Pekan Kundasang menuju ke Pekan Ranau. Jika anda tidak bercadang untuk menginap di tempat ini, anda boleh sahaja berjalan-jalan, menikmati udara segar dan mengambil gambar kenangan.

8. KUNDASANG MOUNT VALLEY RECREATION

Mount Valley Recreation merupakan tempat ataupun pusat rekreasi yang masih baru lagi dan belum dikenali ramai.

Jika anda berada di Pekan Kundasang menuju ke Taman Kinabalu atau Kinabalu National Park, tempat menarik ini adalah lebih kurang 500 meter sebelum sampai ke simpang masuk ke Kinabalu National Park.

Amat mudah untuk mengenali tempat ini, anda hanya berpandukan tayar berwarna-warni di lereng bukit yang boleh dilihat dari jalan utama.

Aktiviti utama adalah sukan “flying fox”. Pasti aktiviti ini amat diminati terutamanya bagi mereka yang sukakan aktiviti lasak. Nikmatilah pemandangan sekeliling semasa anda sedang beraksi dengan “flying fox”.

Buat masa ini, bayaran yang dikenakan adalah RM 25 seorang. Walaubagaimanapun, aktiviti ini tidak akan dijalankan jika dalam keadaan cuaca yang kurang baik seperti hujan, guruh dan berangin bagi mengutamakan keselamatan pelawat.

9. KIRAM’S VILLAGE, JALAN MESILAU GOLF CLUB, KUNDASANG

Kiram Village terletak di Kampung Mesilou iaitu menggunakan jalan yang sama ke Mesilou Nature Resort.

Tempat ini merupakan salah satu pusat menginapan yang menyediakan penginapan berbentuk bilik dan chalet.

Walaupun tempat ini agak jauh dari Pekan Kundasang, tempat ini sangat menarik dimana ditumbuhi dengan pelbagai jenis bunga, jambatan kecil serta udara yang nyaman dan segar.

Restoran juga disediakan di tempat ini. Tempat ini amat strategik kerana anda boleh mengunjungi tempat menarik yang berdekatan iaitu, Mesilou Nature Resort dan Desa Cattle Dairy Farm.

10. MIDORI HOMESTAY, KUNDASANG SABAH

Midori Homestay merupakan salah satu tempat penginapan katogeri homestay yang juga menarik dan sesuai bagi pengunjung yang berkeluarga.

Midori homestay terletak di Kampung Mesilou. Tempat ini disenaraikan dalam katogeri tempat menarik disebabkan suasana persekitaran homestay yang luas, cantik, landskap yang menarik dan berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu.

Bagi mereka yang inginkan suasana kampung, udara segar dan nyaman, ahli keluarga yang ramai serta ingin berjimat, maka Midori Homestay sesuai untuk anda.

Halaman rumah yang luas, berpagar, ditumbuhi dengan rumput menghijau, kerusi dan meja untuk bersantai serta dara yang sejuk dan nyaman adalah salah satu kelebihan tempat penginapan ini. Anak-anak anda boleh bermain, berlari dan bergembira di halaman rumah yang luas.

11. ARNAB VILLAGE KUNDASANG

Arnab Village juga merupakan salah satu tempat yang menarik bagi pencinta haiwan. Taman arnab ini terletak lebih kurang 10 kilometer dari Pekan Kundasang iaitu terletak di perantaraan jalan Kundasang-Ranau.

Simpang masuk ke taman arnab ataupun arnab village adalah di Jalan Kibaas Mohimboyon. Di tempat ini, anda boleh menyentuh, mengusap dan mendukung arnab tanpa masa yang ditetapkan.

Anda juga boleh memberikan makanan kepada arnab dengan syarat membeli makanan khas yang dijual di kaunter pendaftaran. Anda juga boleh menginap di kawasan ini kerana Arnab Village Kundasang juga menyediakan tempat penginapan berbentuk homestay dengan kadar harga yang sangat berpatutan.


12. CRYSTAL HILL

Crystal Hill merupakan salah satu tempat penginapan yang mempunyai suasana persekitaran memukau dengan udaranya yang segar, nyaman dan sejuk.

Tempat yang strategik iaitu di atas bukit menjadikan Crystal Inn menjadi salah satu tempat penginapan pilihan bagi kebanyakan pelawat. Disebabkan lokasinya di puncak bukit, maka suda pasti pemandangan sekeliling juga amat menarik dimana anda boleh melihat Gunung Kinabalu tanpa apa-apa halangan. Semasa menginap di tempat ini, jangan lepaskan peluang untuk anda melihat matahari terbenam dan terbit. Adalah satu pilihan yang terbaik jika anda menginap di tempat ini kerana anda boleh menghayati dan merasai suasana persekitaran di tempat ini sepenuhnya. Jika ada kesempatan, bagaimana jika anda bersiar-siar sebentar diatas bukit seperti dalam gambar diatas ?

13. KUNDASANG WAR MEMORIAL

Tempat ini memang tidak asing lagi terutamanya bagi penduduk setempat di Kundasang. Tempat ini merupakan tempat bersejarah dimana bagi memperingati jasa pahlawan yang terkorban semasa peperangan di suatu ketika dahulu. Kundasang War Memorial terletak di puncak bukit berdekatan dan sangat hampir dengan Pekan Kundasang. Anda hanya perlu berjalan kaki untuk mengunjungi tempat ini jika anda berada di sekitar Pekan Kundasang. Jangan lupa membawa kamera bersama-sama anda untuk mengabadikan gambar kenangan bersama keluar atau orang tersayang dan mungkin bersama-sama rakan-rakan anda. Tempat ini sememangnya cantik, dihiasi dengan pelbagai bunga-bungaan, tanda peringatan serta udara yang nyaman dan sejuk.

14. MESILOU NATURE RESORT

Bagi anda yang inginkan suasana tenang, damai serta inginkan persekitaran hutan flora dan fauna, di sinilah tempat yang paling sesuai. Tempat ini sememangnya sentiasa sejuk berkabus serta mempunyai udara yang nyaman kerana terletak berhampiran puncak tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu. D sini juga letaknya ‘starting point” atau pintu gerbang jalan kedua untuk mendaki Gunung Kinabalu.Mesilou Nature Resort terletak berhampiran dengan Kampung Mesilou, Kundasang. Ianya mengambil masa lebih kurang 25 minit atau 10km perjalanan memandu dari Pekan Kundasang. Jika  anda inginkan kepuasan dan keselesaan yang maksimum, Menginaplah di tempat ini kerana anda akan mempunyai lebih banyak masa untuk berjalan-jalan di kawasan ini. Namun, tempahan perlu dibuat dengan lebih awal kerana tempat ini sentiasa penuh terutamanya pada musim cuti sekolah.Pelbagai aktiviti boleh dilakukan disini termasuklah meneroka alam sekitar flora dan fauna, jungle trekking dan sebagainya. Jangan lupa membawa kamera anda bagi mengabadikan kenangan semasa berada di tempat ini.

15. NULU TINORINDAK KAMPUNG LEMBAH PANTAI KUNDASANG

Bagi mereka yang meminati aktiviti lasak, sememangnya Nulu Tinorindak yang terletak di Kampung Lembah Permai, Kundasang sangat sesuai untuk anda. Lokasi tempat ini adalah di Kampung Lembah Permai, Kundasang. Untuk sampai ke tempat ini, anda perlu melalui jalan Kundasang Kauluan, iaitu jalan utama ke Desa Cattle Farm. Ianya mengambil masa lebih kurang 10 minit pemanduan jika bermula dari Pekan Kundasang.Tempat ini cukup mencabar untuk didaki disebabkan keadaan trek yang curam. Cuaca sejuk juga menjadi halangan utama. Namun satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila anda sampai di puncak Bukit Tinorindak. Walaubagaimanapun jika cuaca baik, keletihan tidak begitu dirasai disebabkan anda juga terleka dengan keindahan alam semulajadi dan suasana pemandangan memukau semasa dalam pendakian.

16. HOUNON RIDGE FARMSTAY & CAMPING

Tempat ini sangat terkenal dengan suasana dan persekitarannya yang seakan-akan pengunjungnya berasa seperti berada di luar negara. Hounon Ridge Farmstay & Campingsememangnya sinonim dengan udaranya yang sejuk, panorama indah, rumput menghijau dan pemandangan yang indah terutama pada waktu petang memang sukar untuk dilupakan. Jika anda ingin bersantai dan berehat bersama keluarga atau pasangan, inilah tempat yang paling sesuai untuk anda. Anda pasti merindui tempat ini jika pernah berada dan menginap di sini. Berkemah ? ya, Hounon Ridge Farmstay juga menyediakan tapak perkemahan serta kemudahan asas yang lengkap untuk aktiviti camping anda. Kemudahan asas seperti peralatan berbeku, pondok khas untuk membasuh pinggan dan sebagainya serta meja juga disediakan. Walaubagaimanapun, anda perlu membuat tempahan dengan lebih awal disebabkan tempat ini biasanya penuh terutamanya pada musim cuti persekolahan atau cuti umum.

17. PUNCAK BORNEO RESORT

Puncak Borneo Resort merupakan kawasan penginapan yang terletak di Kampung Bundu Tuhan, Kundasang Ranau. Jarak dari Pekan Kundasang ke tempat menarik ini adalah lebih kurang 8.1 km dan mengambil masa lebih kurang 15 minit memandu dengan kelajuan normal. Puncak Borneo Resort merupakan tempat penginapan yang sangat indah dan cantik dengan berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu. Disamping keindahan alam, udara yang nyaman,segar serta sejuk anda tidak perlu bersusah payah untuk pergi ke pekan atau restoran berdekatan kerana tempat ini juga dilengkapi dengan restoran dengan harga yang berpatutan. Anda boleh juga untuk datang dan singgah sebentar di tempat ini untuk mengambil gambar kenangan di persekitarannya.

18. MONGOLIAN YURT WIND PARADISE LODGE

Mongolian Yurt Wind Paradise merupakan pusat penginapan yang terletak di puncak dan lereng bukit di Kundasang. Untuk sampai ke tempat ini anda perlu melalui Jalan Kundasang Kauluan dengan mengambil masa lebih kurang 10 minit perjalanan dengan memandu kereta. Lokasi Mongolian Yurt adalah lebih kurang 3.6 kilometer dari Pekan Kundasang. Bagi mendapatkan lokasi dengan terperinci sila klik ke pautan berikut: Mongolian Yurt Wind, Kundasang. Tempat ini merupakan pusat penginapan yang unik kerana bentuk penginapan adalah seperti Mongolian Yurt. Kawasan penginapan yang strategik iaitu di puncak dan lereng bukit menjadikan tempat ini cukup menarik, sesuai serta sering ditiupi angin yang nyaman dan sejuk. Tempat ini sangat sesuai bagi mereka yang inginkan suasana pergunungan dan kelainan dari aspek penginapan. Anda tidak perlu memandu ke pekan berdekatan disebabkan tempat ini juga menyediakan pelbagai bentuk menu makanan dengan harga yang berpatutan.

19. KINABALU PRIVATE LODGES

Bagi anda yang gemarkan suasana di hutan, bunyi cengkerik dan serangga hutan serta cuaca yang sejuk dan nyaman, maka Kinabalu Private Lodges sangat sesuai untuk anda. Pusat penginapan ini terletak lebih kurang 8.6 kilometer daripada Pekan Kundasang menuju ke Kota Kinabalu. Antaranya ialah jungle trekking dan juga berbeku bersama rakan ataupun keluarga. Kinabalu Private Lodges terletak berhampiran Kampung Bundu Tuhan, Kundasang. Tempat yang cukup indah, berkabus serta dihiasi dengan bunga-bungaan dan pokok menghijau menambahkan lagi keindahan kawasan pusat penginapan ini. Pasti anda akan merindui suasana malam di tempat ini kelak setelah meninggalkannya kelak.

20. TIMPOHON GATE, NATIONAL PARK

Pemandangan dari atas pondok timpohon

Bagi anda yang ingin mengunjungi Taman Kinabalu atau Kinabalu National Park, Kundasang, ambil sedikit masa anda untuk mengunjungi Timpohon Gate, di sini lah bermulanya titik permulaan perjalanan untuk sampai ke puncak Gunung Kinabalu. Walaupun anda tidak berniat untuk mendaki, anda boleh pergi ke tempat ini untuk mengambil gambar kenangan. Luangkan sedikit masa anda untuk meninjau laluan trek untuk sampai ke puncak Kinabalu kerana mungkin pada suatu hari nanti anda berpeluang untuk mendaki gunung yang tertinggi di Malaysia ini.

Timpohon Gate

21. MESILOU HIGHLAND STRAWBERRY FARM

suasana ladang strawberi di kg mesilou

Terletak di Kampung Mesilou, Kundasang, Mesilou Highland Strawberry juga merupakan salah satu daya tarikan di Kundasang Ranau. Di sini, anda boleh memetik sendiri strawbery yang telah masak dan merasai kenikmatannya. Ladang strawberi ini biasanya dibuka bermula pukul 8.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang. Walaubagaimanapun kadangkala ladang ini akan ditutup untuk memberi peluang kepada kerja-kerja penanaman serta penambahbaikan. Bagi maklumat lanjut anda boleh mengikuti perkembangan berkaitan dengan ladang strawberi di laman facebook mereka : Mesilou Highland Strawberry.

22. LITTLE HUT KAMPUNG MESILOU

Little Hut yang terletak di Kampung Mesilou, Kundasang juga disenaraikan sebagai salah satu tempat yang menarik untuk dilawati di Daerah Kundasang. Kawasan ini merupakan tempat penginapan yang dihiasi dengan pelbagai jenis bunga yang berwarna warni dan cantik. Untuk sampai ke tempat ini, anda perlu melalui Jalan Kundasang Kaulan. Jarak dari Pekan Kundasang ke Little Hut Kampung Mesilou adalah lebih kurang 6 km, iaitu lebih kurang 16 minit memandu. Anda bole menggunakan Google Map jika tidak pasti akan lokasi homestay ini.


23. DESA CATTLE DAIRY FARM

Sememangnya Desa Cattle Dairy Farm merupakan pusat pelancongan utama di  Kundasang Ranau, Sabah. Lokasi tempat ini adalah lebih kurang 6 km dari Pekan Kundasang dengan melalui Jalan Cinta Mata Mesilou. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan disini termasuklah melihat bagaimana pemprosesan susu lembu, memberi makanan kepada anak lembu dan kambing, melihat proses pemerahan susu lembu dan sebagainya. Anda juga boleh membeli susu lembu segar dan makan makanan atau produk berasaskan susu lembu di tempat ini. Selain itu, kawasan persekitaran yang mempersona dengan udara yang segar, nyaman dan sejuk menjadikan kawasan ini menjadi daya tarikan utama di Kundasang. Yuran masuk diperlukan bagi pelawat di pintu masuk utama. Biasanya, tempat ini amat sesak terutamanya pada waktu cuti sekolah.


24. MARAKAU CABIN LODGE

Anda masih tercari-cari tempat penginapan yang sesuai ? inginkan penginapan yang unik ? Maruku Cabin Lodge mungkin sesuai untuk anda. Kos penginapan yang ditawarkan adalah serendah RM 120 untuk 2 orang.

Terdapat juga cabin yang boleh memuatkan 8 orang pengunjung dengan kadar yang berpatutan. Apa yang menarik di kawasan ini ? selain daripada rekabentuk penginapan yang unik udaranya juga sejuk dan nyaman. Anda boleh menikmati pemandangan penuh Gunung Kinabalu, puncak tertinggi di Asia Tenggara. Jarak dari pekan Kundasang ke Maruku Cabin Ldge ialah lebih kurang 19 km. Untuk sampai ke sini anda boleh menggunakan Google Map sebagai panduan atau kunjungi sahaja pautan ini


25. MESILAU CAT’S VILLAGE


Foto kredit :@mem_umie

Terletak di Kampung Mesilou Kundasang, Mesilau Cat Village merupakan tempat menarik yang baharu dibuka untuk dikunjungi orang ramai.

Bagi peminat kucing, tempat ini amat sesuai untuk anda. Anda berkesempatan untuk membelai, memeluk pelbagai baka kucing di tempat ini.

Waktu operasi tempat menarik ini bermula dari seawal jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Bagi memudahkan perjalanan anda, sila gunakan pautan ini untuk lokasi taman kucing Mesilou.


26. HAMSTER WORLD RANAU

Terletak bersebelahan dengan taman arnab ranau. Tempat ini merupakan salah satu tempat menarik yang baru dibuka pada tahun ini.

Untuk ke lokasi Hamster World Ranau, anda perlu memasuki simpang Jalan Kibaas Mohimboyon Kundasang. Simpang masuk Jalan Kibass Mohimboyon adalah terletak lebih kurang 5 kilometer dari pekan Ranau.

Anda bebas membelai, memegang dan mengambil gambar pelbagai spesis hamster di sini.

Yuran masuk juga dikenakan iaitu sebanyak RM 5 untuk dewasa dan RM 3 untuk kanak-kanak 6 tahun hingga 12 tahun.

27. HOMESTAY MESILAU CLIFFS

Inginkan penginapan yang selesa, menarik dan santai ? bayangkan anda sedang berehat di beranda homestay ini dengan secawan kopi panas sambil menikmati udara yang nyaman.

Penginapan berbentuk homestay ini menawarkan harga serendah RM 120 untuk sebilik (standard room).

Kemudahan seperti wifi dan astro njoi juga disediakan. Bagi panduan lokasi anda klik sahaja pautan ini.

Jadi apa tunggu lagi. Jom!

sumber: Infosantai.com Klik
8 Comments