Perdana Menteri Tun Dr Mahathir semalam ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal 2016-2020 di Parlimen mengesahkan bahawa hutang negara hanya RM686.8 bilion bukannya lebih RM1 trilion.
Dokumen setebal 408 mukasurat itu antara lain menyebut bahawa purata pertumbuhan KDNK Malaysia pada tahun 2016-2017 di bawah pentadbiran BN Najib Razak adalah pada kadar 5.1 peratus, iaitu di dalam sasaran 5-6 peratus yang disasarkan, dan mencapai lebih daripada sasaran iaitu 5.9 peratus pada tahun 2017
Kadar hutang negara berbanding KDNK adalah 50.8 peratus lebih rendah berbanding tahun 2016, 52.7 peratus.
Inflasi di bawah pentadbiran Najib Razak juga didapati terkawal iaitu pada kadar 2.9 peratus
Rujukan: http://www.parlimen.gov.my/ipms/eps/2018-10-18/CMD.22.2018%20-%20RMK%2011%20BM%20Combine%20file.pdf