Pegawai Khas TPM tewas Ketua Cabang PKR Beaufort anggap kekalahan luar dugaan
17:11 Nov 04, 2018  |  By SabahKini2
 Pegawai Khas TPM tewas Ketua Cabang PKR Beaufort anggap kekalahan luar dugaan

Rahman Pegawai Khas TPM berkata dia kalah Ketua Cabang PKR Beaufort sebagai luar dugaan. Mungkin anggapannya sebagai Pegawai TPM tak mungkin beliau akan kalah dengan lawannya Muali Aching.

BEAUFORT: Sekalipun bekas Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Beaufort, Datuk John Ghani tidak mempertahankan jawatannya dalam  pemilihan Cabang PKR Beaufort yang dijadualkan pada semalam namun tetap tidak memberi kemenangan kepada Abdul Rahman Yakub Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah itu.

Menggunakan nama Dr Wan Azizah TPM serta isteri Presiden PKR Anwar Ibrahim tetap tidak boleh menyumbang kepada undi untuk Rahman Yakub.

Muali Aching memenangi Ketua Cabang PKR Beaufort dengan undi 683 menewaskan Abdul Rahman Yakub dengan majoriti 39 undi. Rahman hanya memenangi 644 undi.

Muali Aching dijulang penyokongnya selepas menang

Sementara itu bagi Timbalan Ketua Cabang dimenangi oleh Dikin Musah mantan calon PKR Dun Kuala Penyu menewaskan Lambert Francis Tangkim, Abd Rasid Yusof dan Jamalul Hamzah Duakim.

Ramai ahli PKR Beaufort melihat kekalahan pegawai khas Timbalan Perdana Menteri itu kerana faktor sikap dan jarang turun padang berbanding Muali Aching.

Rahman mengulas kekalahannya dalam facebook sebagai kekalahan keputusan di luar dugaan.

“Keputusan luar dugaan, saya yakin keputusan pemilihan bukan gambaran sebenar tahap sokongan kepada saya. Banyak boleh diperkatakan namun saya lebih suka memandang ke hadapan.” katanya

 

 

 Disokong Datuk John Ghani pun tetap tak boleh menang

 

5 Comments