Selepas 14 tahun dan namanya dibersihkan Nazri di Parlimen. "saya akan lawan kes ini untuk membersihkan nama saya. Saya tidak tahu kenapa.Kes ini telah diselesaikan sebelum ini,
Tan Sri Musa Aman mendakwa 35 pertuduhan rasuah yang dikenakan terhadapnya hari ini merupakan "kes lama" yang telah dibersihkan sebelum ini.
"Insya-Allah, saya akan lawan kes ini untuk membersihkan nama saya. Saya tidak tahu kenapa... Kes ini telah diselesaikan sebelum ini, kira-kira 10 ke 14 tahun lalu.
"Kenapa menjadi isu lagi? (Datuk Seri Nazri Aziz) yang menjadi menteri bertanggungjawab dalam urusan parlimen pada waktu itu telah membersihkan kes ini. Tidak ada kes terhadap saya," katanya.
Bercakap kepada pemberita di kompleks mahkamah Kuala Lumpur selepad didakwa, Musa enggan membuat spekulasi tuduhan terhadapnya bermotifkan politik.
"Tapi biar saya beritahu kamu, saya akan membersihkan nama saya dengan peguam saya. Saya akan lawan kes ini," katanya
Pada 12 Oktober 2012, Jabatan Peguam Negara memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan dalam dakwaan rasuah melibatkan Musa Aman, selepas mengambil kira keterangan SPRM.
Perkara itu dijelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dalam jawapan bertulis kepada soalan Tian Chua (PKR-Batu) di Dewan Rakyat.
[ARTIKEL BERKAITAN: Tiada bukti Musa Aman rasuah, kata Nazri]
Dalam situasi yang sama pada 28 Ogos lalu Menteri Undang-udang JPM (Menteri Warisan) dalam menjawab soalan di dewan negara turut membersihkan nama Shafie Apdal (bosnya) dari kes rasuah penyelewengan dana KKLW RM1.5 bilion.
[ARTIKEL BERKAITAN: Tutup kes Rasuah Shafie: Kerjasama memalukan Peguam Negara, Menteri Warisan dan SPRM ]