Ini soal yang sangat penting iaitu mengenai keluhuran dan tafsiran yang sebenar terhadap Perlembagaan Negeri serta kuasa TYT untuk melantik dan memecat KM. Jadi rayuan perlu dibuat
KOTA KINABALU: Tan Sri Musa Aman akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonannya mencabar status pelantikan Datuk Seri Shafie Apdal melalui angkat sumpah kedua.
Keputusan itu dibuat Hakim, Datuk Yew Jen Kie susulan saman pemula difailkan Musa untuk mencabar pelantikan Shafie pada 10 Mei lalu, sebagai tidak berperlembagaan.
kata Musa ini mengenai keluhuran dan tafsiran yang sebenar terhadap Perlembagaan Negeri serta kuasa TYT untuk melantik dan memecat Ketua Menteri
Kenyataan Penuh Tan Sri Musa Aman
Saya mengucapkan terima kasih kepada mahkamah, keluarga, pasukan peguam dan semua penyokong setia yang sentiasa menjunjung dan menghormati Perlembagaan Negeri Sabah.
Sudah tentu kita berasa kecewa dengan keputusan pada hari ini. Walau bagaimanapun, suka saya menekankan bahawa isu ini bukan soal sama ada saya menjadi Ketua Menteri atau tidak.
Ini soal yang sangat penting iaitu mengenai keluhuran dan tafsiran yang sebenar terhadap Perlembagaan Negeri serta kuasa TYT untuk melantik dan memecat KM. Saya berpendapat bahawa isu ini belum selesai sepenuhnya pada hari ini. Saya telah mengarahkan peguam saya untuk membuat rayuan terhadap keputusan ini.
Tan Sri Musa Haji Aman
Kota Kinabalu, November 7, 2018.