KOTA KINABALU: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menafikan bahawa ahli Umno Sabah akan keluar parti untuk menyertai Parti Warisan Sabah atau Upko.
“Tidak benar, isu ini tidak timbul sama sekali kerana kita semua adalah sebahagian daripada Gabungan Bersatu Sabah.
“Tiada soal yang akan pergi atau datang,” katanya ketika ditemui diluar Dewan semasa persidangan Belanjawan Negeri 2019 di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas khabar angin bahawa beberapa orang wakil rakyat Umno Sabah akan keluar parti.
Umno Sabah, katanya akan terus berjuang bersama GBS.