Kemenangan tersebut dimaklumkan oleh Aktivis Concerned Lawyers For Justice, Aidil Khalid dalam akaun Facebook awal pagi ini.
Aidil memberitahu, calon-calon yang menang itu juga merupakan dalam kalangan mereka yang menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
“Calon-calon yang jelas pendirian mereka untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan menolak ICERD seperti Lukman Sheriff, Yusfarizal Yusof dan rakan-rakan telah menang dan terpilih.
“Calon-calon yang menyokong ICERD seperti Siti Kasim dan kumpulannya telah disapu keluar,” kata beliau.
Menurut Aidil, daripada 10 calon yang disarankan selamat untuk diundi sebelum ini, lapan daripadanya telah terpilih sebagai ahli Jawatankuasa Majlis Peguam.
“Ini sekali gus menunjukkan bahawa jika kita bersatu-padu, dan memainkan peranan masing-masing untuk terlibat dalam proses mengundi, kita sebenarnya boleh mengambil alih Majlis Peguam supaya dapat dikembalikan kepada jalan yang lurus dengan matlamat asalnya yang suci,” tegas beliau. - UM