KOTA KINABALU: [Sabahkini]- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan menyelar kenyataan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menggunakan imuniti di Parlimen menuduh Ketua Menteri Sabah Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman mengaitkan projek naiktaraf Lori Air Sungai Intan Semporna yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).
Menurut beliau, hakikat semua orang tahu projek itu di bawah KKLW bekas menterinya Dato' Seri Shafie Apdal dan dilaksana secara tender terbuka walaupun kontraktor memenangi tender itu mempunyai talian persaudaraan dengan Ketua Menteri. Pertalian saudara bukan isu kerana yang melaksanakan projek KKLW ini bukan dibawah pengaruh Ketua Menteri tetapi Menteri KKLW.
“Jangan menggunakan imuniti parlimen untuk memburukkan orang lain serta membuat persepsi buruk pada sesuatu perkara yang masih dalam siasatan SPRM. katanya.
Semua pihak sedar dan tahu ketika Shafie dalam kerajaan beliau tidak pernah melaporkan perkembangan projek KKLW kepada Ketua Menteri Sabah. YAB Tan Sri Musa Aman pernah menyatakan perkara ini di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.
"Ini fakta dan bukan kerana bila disiasat maka kita timbulkan isu ini,”katanya.
Beliau berkata demikian, ketika ditemui media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Mengenai Transformasi Sosial, Komuniti dan Pembangunan Lestari 2017, di sini.
Ahli Parlimen Semporna dan dua adiknya sebelum ini direman lapan hari berhubung siasatan penyelewengan dana awam bernilai RM1.5 bilion di Sabah yang dilaporkan berlaku dari tahun 2009 hingga 2015. Turut ditahan ialah Datuk Peter Anthony Naib Presiden Warisan yang juga pemilik Syarikat Asli Jati engineering antara syarikat disiasat SPRM.
Sementara itu Sivarasa Rasiah Ahli Parlimen Subang turut mengecam Ahli Parlimen Semporna yang menyalahgunakan keistimewaan itu kerana tidak membuktikan dakwaannya.
Sivarasa mengakui keistimewaan Parlimen adalah mutlak.
“Hanya ada pengecualian hasutan. Tetapi, itupun bergantung kepada kes dan perlu mematuhi syarat. Selain itu, kamu tidak boleh disaman atas apa yang dikatakan di Parlimen,” katanya.
YAB Tan Sri Musa Aman pula menegur sikap tidak 'gentlemen' Shafie Apdal yang diketahui umum sedangkan kesnya masih disiasat SPRM.
"Dia perlu bertenang untuk menunggu siasatan SPRM". katanya