Saya kekal dalam UMNO- Bung Moktar
15:12 Dec 11, 2018  |  By SabahKini2
Saya kekal dalam UMNO- Bung Moktar

Saya tidak ada hasrat keluar UMNO. Malah, saya rasa adalah lebih baik saya terus berada bersama UMNO dan menyumbang apa yang saya mampu.

 
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini mengesahkan beliau akan terus kekal bersama UMNO buat masa ini.

Katanya, beliau akan terus menyumbang kepada parti UMNO dan bukannya meninggalkannya, seperti dakwaan yang timbul terhadap beberapa rakannya dalam parti itu baru-baru ini.

“Saya tidak ada hasrat keluar UMNO. Malah, saya rasa adalah lebih baik saya terus berada bersama UMNO dan menyumbang apa yang saya mampu.

"Itu adalah yang terbaik buat masa ini," katanya 

Terdahulu, sebuah portal The Malaysian Insight melaporkan, empat Ahli Parlimen UMNO Sabah dijangka meninggalkan parti hari ini, iaitu Datuk Abdul Rahim Bakri (Ahli Parlimen Kudat), Datuk Azizah Mohd Dun (Beaufort), Datuk Zakaria Edris (Libaran) dan Datuk Seri Ronald Kiandee (Beluran). Malah 20 Adun juga bakal keluar dan menyertai PPBM sebagai syarat kerjasama baru itu.

Ditanya pandangannya, Bung Moktar berkata: "Saya menghormatinya jika itulah keputusan yang mereka buat."

Bagaimanapun, katanya, beliau ada bercakap dengan Kiandee terdahulu hari ini yang menyatakan hasratnya untuk terus bersama UMNO.

"Saya baharu saja bercakap dengannya mengenai perkara ini sebentar tadi," jelasnya.

Bung Moktar mengakui kekuatan UMNO Sabah mungkin akan sedikit terjejas jika benar Ahli Parlimennya keluar parti.

Namun, katanya, semua ahli UMNO Sabah akan terus melakukan apa yang mereka termampu.
2 Comments