VIDEO TULAR
PETALING JAYA- Tular di media sosial baru-baru ini Exco Kanan Negeri Melaka Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan negeri disergah dan dimarahi oleh sekumpulan pemuda ahli PPBM Bahagian Tangga Batu Melaka
Dalam video yang tular kelihatan pemuda PPBM itu menyebut mengenai kes rasuah Exco itu yang dikatakan memalukan parti.
“Kes rasuah YB apa cerita? Mencemarkan imej parti, YB jawablah”.
Banyak hal aku tahu mengenai kamu YB”. kata pemuda itu
Rafiq hanya mampu mempersoalkan lelaki itu untuk memberi bukti dan lapor kepada SPRM.
“Adakah bukti ke tidak? Kalau ada bukti pergi jumpa SPRM”. katanya.
Para pemuda itu juga mempersoalkan ke mana hilang borang pendaftaran keahlian PPBM dalam ramadhan termasuk wang yang hilang.
“Kita persoalkan keahlian yang kami hantar, mana borang. duit mana duit..”.jerit pemuda itu.
Daripada suasana pertengkaran Rafiq dan pemuda itu nampaknya Mesyuarat Bahagian PPBM Tangga Batu pastinya panas nanti.
Komen-komen netizen dalam facebook mengesahkan Rafiq seorang 'kaki sakau' dan pengamal rasuah.
Sebelum ini Sabahkini2 sudah mendedahkan kes rasuah Mohd. Rafiq Naizamohideen berhubung rasuah rasuah RM2.6 juta dan Pencemaran Arang Batu Pelabuhan Tanjung Bruas.
Kes rasuah Rafiq ini nampaknya hingga kini telah senyap walaupun disiasat SPRM seakan kes ini mahu ditutup untuk melindungi kerajaan PH Melaka.
[ARTIKEL BERKAITAN- Exco Melaka dari rasuah RM2.6 juta kepada Pencemaran Arang Batu Pelabuhan Tanjung Bruas ]
Kes rasuah Rafiq sudah pasti akan bergema dalam mesyuarat Bahagian PPBM Tangga Batu. Menurut sumber rapat Rafiq sangat bimbang AJKnya sendiri bakal menyerangnya nanti.