Saya harap semua polemik mengenai kepimpinan ditamatkan dan saya mahu kepimpinan di peringkat akar umbi fokus perkukuhkan parti,
PETALING JAYA: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat keputusan menyerahkan tugas-tugas presiden Umno kepada timbalannya.
Beliau mengumumkan menyerahkan tugas memimpin parti kepada Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hassan.
"Berdasarkan kemelut yang dihadapi parti hari ini sata ambil keputusan untuk memberi kepercayaan kepada Timbalan Presiden untuk menjalankan tugas sebagai Presiden.
"Saya harap semua polemik mengenai kepimpinan ditamatkan dan saya mahu kepimpinan di peringkat akar umbi fokus perkukuhkan parti," katanya dalam satu kenyataan, Selasa.
Beliau juga sebelumnya diminta bercuti susulan pertuduhan-pertuduhan yang dihadapi di mahkamah.
Dalam kenyataan sama, Ahmad Zahid menyeru agar tidak lagi berlaku ahli Parlimen dan Adun Umno yang bertindak keluar parti.
"Saya merasai keresahan segelintir pimpinan Umno kerana khuatir mereka akan menerima tekanan, siasatan dan tuduhan demi tuduhan seperti saya.
"Saya menyeru supaya tiada lagi tindakan keluar parti daripada ahli Parlimen dan Adun," katanya.