Kes ini pada asalnya diklasifikasikan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, atau cubaan membunuh. Oleh kerana Adib telah meninggal dunia, maka kini kes ini harus disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, atas kesalahan membunuh.
[MalaysiaToday] Satu 'cover up' bertujuan menutupi kes Allahyarham Adib bakal dilakukan. Kerajaan Pakatan Harapan ingin mengurangkan ketegangan kaum dengan menyatakan bahawa kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim sebagai diakibatkan oleh "kecederaan pada bahagian dada".
Menurut apa yang diberitakan oleh NST, "Laporan autopsi itu akan memperincikan dengan jelas butiran seperti jenis kecederaan yang dialami, termasuk kecederaan dalaman, serta apa yang dapat menyebabkannya berlaku; termasuk jika ia merupakan hasil perlakuan pihak ketiga, dan juga pendapat pakar tentang bagaimana kecederaan tersebut boleh terjadi."
Pihak Polis sememangnya telah sedia maklum tentang bagaimana ianya berlaku berdasarkan rakaman keterangan anggota-anggota bomba yang lain yang turut sama berada di tempat kejadian ketika itu, dan kesemua mereka mengesahkan bahawa Adib diseret keluar dari 'firetruck' dan dipukul oleh sekumpulan orang India. Para saksi juga telah mengenal pasti penyerang yang terlibat.
Keempat-empat suspek masih terus bebas (atas jaminan) dan masih belum ditahan semula bagi membolehkan mereka didakwa atas tuduhan baru iaitu membunuh.
Kes ini pada asalnya diklasifikasikan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, atau cubaan membunuh. Oleh kerana Adib telah meninggal dunia, maka kini kes ini harus disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, atas kesalahan membunuh.
Justeru, keempat-empat suspek harus ditangkap semula dan tuduhan harus dipinda daripada cubaan membunuh (S.307) kepada membunuh (S.302). Tambahan pula jaminan mereka harus dibatalkan kerana tidak ada jaminan bagi sesiapa yang didakwa di bawah kesalahan membunuh.
Meskipun begitu sehingga ke hari ini, Peguam Negara, Tommy Thomas, masih enggan memberi 'lampu hijau' kepada pihak polis untuk menahan kembali suspek-suspek bagi tujuan meminda pertuduhan dan membuat pendakwaan semula. Berdasarkan maklumat yang diperolehi oleh pihak polis, penangguhan ini telah membolehkan suspek-suspek tersebut diseludup ke lokasi selamat di luar negara. Ternyata keadaan ini amat tidak disenangi oleh Ketua Polis Negara.
Dalam pada itu anggota-anggota bomba yang telah menyaksikan dengan mata sendiri insiden yang menjadi penyebab kepada kematian rakan sepasukan mereka itu sungguh tidak berpuas hati dan menganggapnya sebagai cubaan oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk mengaburi mata umum daripada melihat kebenaran. Sebaliknya pihak kerajaan berhasrat untuk membiarkan punca kematian kekal samar-samar dan menyifatkan kecederaan di bahagian dada mangsa sebagai asbabnya. Sedangkan ramai anggota bomba yang lain menyaksikan Adib cedera akibat dibelasah teruk.
Sementara itu, ahli-ahli kaum India di dalam Pakatan Harapan menginginkan supaya kematian Adib itu tidak diperbesar-besarkan bagi mengelakkan kerajaan daripada menerima respon dan tindak balas negatif daripada rakyat.
Apa yang dipersoalkan oleh anggota-anggota bomba terbabit ialah siapakah dalang di sebalik cubaan untuk menutupi perlakuan jenayah bunuh ini, dan mengapakah pihak tertuduh boleh diberikan peluang untuk lari bersembunyi ke luar negara? Tambahan lagi, kenapa pula autopsi dibuat tanpa mengambil kira keterangan saksi-saksi yang diberikan kepada pihak polis berkenaan punca-punca kematian?
Cubaan 'Cover up' serta konspirasi untuk menyeludup suspek-suspek ke luar negara untuk lari dari hukuman ini akan menjadi lebih sensasi dan 'meletup' melebihi insiden bunuh itu sendiri. Sekiranya perkara ini tidak ditangani dengan baik, ianya bakal memporak-perandakan Malaysia.