Saiful pembantu yang pernah diliwat Anwar mempersoalkan presiden PKR itu jika beliau sudah mengisytiharkan tajaan untuk kempennya sebagaimana pengakuan ‘kekasih gaynya’ baru-baru ini.
PETALING JAYA: Mohd Saiful Bukhari Azlan bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencabarnya di pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson 2 bulan lalu, mempersoalkan presiden PKR itu jika beliau sudah mengisytiharkan tajaan untuk kempennya sebagaimana pengakuan ‘kekasih gaynya’ baru-baru ini.
[ARTIKEL BERKAITAN - 'Kekasih Gay' Anwar akan saman pihak yang sebar Video Seksnya! ]
Saiful Bukhari Azlan sebelum ini diliwat dalam kes liwat 2.0 menyebabkan Anwar bekas ahli Parlimen Permatang Pauh itu dipenjarakan pada 2015, berkata demikian susulan kenyataan Adrielle Iman menafikan dakwaan beliau ada kaitan secara peribadi dengan Anwar.
Adrielle menafikan dakwaan itu sejurus tersebar gambarnya bersama Anwar di Port Dickson beberapa bulan lalu.
Adrielle membuat pengakuan beliau berada dalam kempen itu sebagai duta jenama syarikatnya yang menaja 5 acara menampilkan Anwar.
Saiful mempersoalkan sumbangan pilihanraya itu.
“Adakah sumbangan bagi 5 program itu diisytiharkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam laporan kewangan calon?” soal Saiful.
“Ia satu kesalahan jika tidak diisytiharkan kepada SPRM dan membelanjakan lebih daripada jumlah dibenarkan.”
Dalam PRK Port Dickson pada 13 Oktober lalu, Anwar menewaskan 6 calon lain dengan majoriti 23,560 undi.