'U-Turn' : Guan Eng mengaku luluskan projek Rundingan Terus kepada Kroni
02:01 Jan 14, 2019  |  By SabahKini2
'U-Turn' : Guan Eng mengaku luluskan projek Rundingan Terus kepada Kroni

Dahulu PH kata tiada lagi projek Rundingan Terus. Kini Lim Guan Eng U-Turn mengaku luluskan projek Rundingan Terus atas alasan projek kritikal.

PETALING JAYA: Strategi melengah-lengahkan kontrak percetakan buku teks akhirnya menguntungkan kroni. Kementerian Kewangan (MOF) memberikan kelulusan khas untuk membuat rundingan terus perolehan buku teks Tingkatan 3 bagi mata pelajaran Sains dan Matematik yang melibatkan Program Dua Bahasa (DLP).

Menurut satu kenyataan, kementerian itu memberikan kelulusan khas bagi permohonan melaksanakan perolehan buku teks tersebut secara rundingan terus pada 18 Sept 2018 supaya keperluan pelajar dapat dipenuhi secepat mungkin.

“Kementerian Kewangan sangat mementingkan kebajikan pelajar dan akan mengambil tindakan sewajarnya dalam memudah cara prosedur perolehan dan kewangan untuk memastikan kelengkapan pembelajaran dapat disediakan dengan baik.

“Sehubungan itu, proses perolehan buku teks DLP PT3 menerima perhatian yang sepatutnya.

“Ini bagi memenuhi sesuatu keperluan yang kritikal dan mendesak, terutama sekali untuk perkara yang melibatkan kepentingan dan kebajikan rakyat,” katanya.

Bagaimanapun, pada 9 Jan lalu, media melaporkan buku teks DLP untuk semua sekolah yang menawarkan mata pelajaran Matematik dan Sains Tingkatan 3 kini dalam proses penerbitan dan akan mula dibekalkan Mac depan.

Menurut Kementerian Pendidikan, buku teks bagi kedua-dua mata pelajaran itu tidak dapat disediakan pada awal sesi persekolahan berikutan perubahan untuk menambah baik sistem perolehan dan mengelakkan sistem rundingan terus sejak pertengahan tahun lalu.

Justeru, kementerian tersebut meminta semua pentadbir sekolah menyebar luaskan maklumat berkenaan bagi memastikan guru dan murid memanfaatkan bahan yang disediakan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran DLP, terutama di sekolah menengah seluruh negara.

Sususlan itu, ramai ibu bapa merungut tentang penangguhan itu kerana bimbang ia akan menjejaskan tumpuan anak mereka untuk menghadapi peperiksaan PT3.

Dan dijangka selepas ini kelulusan khas rundinga terus atas alasan kritikal bakal digunakan untuk meluluskan projek kepada kroni syarikat PH.

Comment