Sedar menteri dan pemimpin Warisan tersilap, Shafie Apdal seru jangan main isu kaum
11:02 Feb 07, 2019  |  By SabahKini2
Sedar menteri dan pemimpin Warisan tersilap, Shafie Apdal seru jangan main isu kaum

Yang mulakan menyemak ordinan Anak Negeri Sabah ialah Menteri dan pemimpin Warisan. Yang melantik semua Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung ialah Warisan. Bila tular, dibantah dan dikecam Shafie U-Turn kata jangan main isu kaum.

SEMPORNA- Selepas kesilapan Datuk Aidi Moktar Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah terlepas cakap mahu meneliti semula tafsiran dalam Ordinan Interpretasi Anak Negeri berhubung suku kaum Bugis serta Jawa sebagai Anak Negeri sehingga dikecam rakyat Sabah Setiausaha Agung Warisan Loretto berkata ia hanya kenyataan peribadi. Datuk Aidi juga U-Turn selepas itu, Shafie Apdal pula berkata akan mengkaji. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Menteri Warisan mahu iktiraf Bugis, Jawa Anak Negeri tapi SUA Warisan dan TKM Sabah bantah! ]

Bimbang sentimen kaum merebak yang dimulakan Warisan memakan diri sendiri itu,  hari ini  Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengingatkan semua pihak agar tidak memainkan isu kaum yang boleh menjadi landasan kepada perpecahan rakyat di negeri ini.

Menteri Warisan mahu iktiraf Bugis, Jawa Anak Negeri tapi SUA Warisan dan TKM Sabah bantah!

Beliau menegaskan perkara itu selepas mengulas wujud usaha cuba menyuntik sentimen kaum berikutan ketidakpuasan hati terhadap isu lantikan Ketua Anak Negeri termasuk oleh Timbalan Ketua Menterinya sendiri Datuk Madius Tangau Presiden UPKO.

Mohd Shafie berkata lantikan individu untuk memegang sesuatu jawatan misalnya Ketua Anak Negeri di ukur berdasarkan kelayakan pendidikan, perkhidmatan bersih serta penyertaan penduduk setempat.

"Misalnya lantikan Ketua Anak Negeri Tawau itu adalah bertepatan dan memandangkan beliau lebih 40 tahun menetap di Tawau.

"Perkara yang penting, pelantikan seseorang itu adalah kita mahu menyatukan rakyat dan bukan sekadar melihat kepada individu itu bukan anak negeri," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dalam pada itu, katanya kaedah pelantikan individu menjadi Ketua Anak Negeri ketika ini adalah bersifat adil dan keutamaannya adalah kesesuaian calon serta dapat membantu penduduk di setempat.

"Kita yakin bila kita letak orang Cina di kawasan Cina maka itu memudahkan persefahaman, takkan pula kita lantik orang Bajau mengepalai komuniti Dusun di kawasan Keningau, mesti kita bagi Dusun.

"Ini antara pendekatan kita tetapi tidak bermakna kaum lain tidak ada tempat (kuota) sebab itu sesetengah tempat kita ukur kelayakannya," katanya lagi.

Pelantikan Ketua Kampung dan Ketua Anak Negeri kecoh di Sabah sehingga tertangguh berbulan-bulan. Terbaru penduduk Kg Tiulon Sook naik ke pentas majlis pelantikan Ketua Kg Cik Jasey dengan merentangkan kain rentang membantah Warisan. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Penduduk kampung bantah Cik Jasey 'orang luar' dilantik Ketua Kampung Tiulon ]

Menurut Shafie Apdal kaedah melantik orang luar adalah mengambil contoh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balung berasal dari Kalabakan tetapi menjadi wakil rakyat di kawasan Tawau kerana melihat kapasiti kebolehannya.

Untuk rekod Datuk Osman Jamal ketika dalam BN dicadangkan bertanding di Parlimen Kalabakan menggantikan Datuk Ghafur Salleh namun dibatalkan kerana ditentang Ghafur dan beliau akhirnya dicalonkan di DUN Balung. Ketika permulaan Osman Jamal dipilih pun ditentang kuat bagaimanapun kerana konsensus BN maka Osman Jamal kekal di Balung bukan kerana ia tindakan Shafie Apdal. Osman Jamal Presiden Bugis itu melompat parti kedudukannya samar. Tiada kaitan dengan usaha Warisan sekarang. 

7 Comments