Selepas beberapa pemimpin Pakatan Harapan di semenanjung didedahkan miliki ijazah palsu kini pemimpin Sabah tidak terkecuali. Terbaru Timbalan Ketua Menteri Sabah dari Warisan Datuk Jaujan Sambakong miliki ijazah palsu dari Irish International University
KOTA KINABALU- Selepas cerita 'sijil palsu' Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya berbahang sampai ke United Kingdom (UK), Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian, Zuraida Kamaruddin Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Paul Yong Choo Kiong, Adun Tronoh, Ahmad Faizal Azumu Menteri Besar Perak dan Lim Guan Eng Menteri Kewangan (Sijil Akauntan Bertauliah) kini Timbala Ketua Menteri Sabah (Warisan) Datuk Jaujan Sambakong pula dipersoalkan.
Warganet meragui kelayakan Jaujan yang mendakwa mempunyai ijazah di Irish International University (IIU) UK.
Menurut laman Facebook Seademon TV, Irish International University tiada kaitan dengan negara Ireland. Ia sebuah universiti sama taraf dengan universiti Timbalan Menteri Luar menjadi isu baru-baru ini.
“Duta Ireland ke Malaysia Daniel Mulhall mendesak kerajaan (Ireland) untuk mengambil tindakan terhadap Irish International University kerana menipu dengan memperkenalkan diri sebagai sebuah universiti negara tersebut.
“Daniel mengesahkan bahawa universiti tersebut tidak mempunyai pertalian dengan Ireland dan beliau telah melaporkan perkara tersebut kepada kerajaan Ireland untuk mengenalpasti jenis tindakan yang boleh diambil terhadap orang-orang di belakang tabir institusi tersebut.” katanya dalam facebook
Turut mendedahkan dalam facebooknya ialah blogger Sabah Ronnie Klassen yang mempersoalkan kelulusan Datuk Jaujan yang memetk laporan NST pada 24 Julai 2005 mengenai universiti palsu Irish International University itu.
Setakat hari ini Datuk Jaujan yang memegang portfolio kanan kabinet negeri Sabah sebagai Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah merangkap Timbalan Ketua Menteri dari parti Warisan itu belum menafi atau menjelaskan kedudukannya.