Restoran Sultana Nasi Kandar diserbu disyaki letak bahan khayal dalam hidangan
21:02 Feb 20, 2019  |  By SabahKini2
 Restoran Sultana Nasi Kandar diserbu disyaki letak bahan khayal dalam hidangan

Restoran yang terkenal dengan 'Nasi Lambai' diserbu anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak bersama pegawai Jabatan Kesihatan turut merampas beberapa jenis masakan seperti kuah makanan, ayam goreng, sayur dan nasi putih.

TELUK INTAN: Restoran Sultana Nasi Kandar di Teluk Intan, diperiksa polis dan Jabatan Kesihatan, semalam selepas menerima aduan pelanggan yang mengalami gejala lemah dan khayal selepas makan di premis berkenaan.

Susulan operasi bersepadu jam 11.20 pagi itu, seorang tukang masak dan dua pembantunya termasuk seorang warga Bangladesh ditahan selepas didapati positif dadah jenis opiat.



Terdahulu, mesej yang mendakwa seorang anggota polis dan tiga lagi anggota lain ‘sangkut’ ujian saringan air kencing selepas makan di sebuah premis di Teluk Intan dan tukang masak premis berkenaan sudah ditahan, tular di WhatsApp sejak semalam.

Sumber berkata, pemeriksaan dijalankan susulan laporan seorang anggota polis yang mengalami gejala lemah, mengantuk dan khayal selepas makan di premis berkenaan, kelmarin.

Menurutnya, pemeriksaan dijalankan oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak bersama pegawai Jabatan Kesihatan turut merampas beberapa jenis masakan seperti kuah makanan, ayam goreng, sayur dan nasi putih.



Katanya, sebungkus plastik lutsinar mengandungi biji kas-kas turut dirampas dan semua sampel yang dirampas dihantar ke Jabatan Kimia Ipoh untuk pemeriksaan.

“Pemilik premis memaklumkan masakan tidak menggunakan sebarang bahan terlarang atau mengkhayalkan, namun bahan masakan seperti kas-kas ada digunakan sedikit oleh tukang masak,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superintendan Yahaya Hassan ketika dihubungi,

mengesahkan ada menjalankan pemeriksaan bersama Jabatan Kesihatan di premis berkenaan.

Katanya, sampel makanan juga sudah diambil untuk tindakan lanjut dan menegaskan ia perlu menunggu keputusan ujian kimia.

“Polis menahan tiga pekerja premis berkenaan berusia antara 30 hingga 70an selepas ujian saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati mereka positif opiat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952,” katanya.

 

 

LAPORAN LENGKAP SEPERTI DI BAWAH

Kes Menarik Perhatian
Laporan OP Sepadu BSJND Hilir Perak bersama Kementerian Kesihatan bersabit lapuran dibwh Sek14 ADB 1952 - Pemberian bahan disyaki dadah kpd org lain.

No Rpt/tarikh: -
1. Teluk Intan Rpt : 2128/19

Klasifikasi / IO :
1. Sek. 14 ADB 1952
2. Sek.15(1)(a) ADB 1952
- Insp. Norhazwani binti Che Deraman

PKP mengetuai serbuan :
1. Insp Ahmad Saifulbahri Bin Abdul Rahman ( BSJND)
2. Insp Norhazwani binti Che Deraman (BSJND - IO Kes)

Pegawai Kesihatan Daerah :
1. En Hashiran bin Ibrahim
(Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran)
2. Pn Nabilah binti Abdul Hadi
(Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran)

Lokasi:
- Restoran Sultana Nasi Kandar, 41-46, Jln Raja, Teluk Intan, 36000, Teluk Intan, Perak.

Fakta:
Bertindak diatas maklumat berkait Teluk Intan Repot 2100/19 bertarikh 18/2/19 jam 0915hrs oleh pengadu seorang anggota Polis yang berasa lemah, mengantuk dan khayal setelah makan di Sebuah Restoran :

Pada 19/2/19 jam lebih kurang 1120hrs, Pengadu seorang Pegawai Kanan Polis bersama Insp Norhazwani & sepasukan PRP Hilir Perak semasa menjalankan Op Bersepadu bersama Pegawai Kementerian Kesihatan terdiri dari En Hashiran bin Ibrahim & Pn Nabilah bin Abdul Hadi telah jalankan pemeriksaan di dalam premis beralamat Restoran Sultana Nasi Kandar, No 41-46, Jln Raja, Teluk Intan, 36000, Teluk Intan, Perak telah jalankan pemeriksaan dan merampas beberapa jenis lauk masakan antaranya:
🔹(1) sampel sambal kelapa - A009570
🔹(1) sampel kuah kari kambing -
A009571
🔹(1) sampel kuah kari ikan -
A009572
🔹(1) sampel kuah kari ayam -
A009573
🔹(1) sampel kuah daging masak kicap - A009574
🔹(1) sampel ayam goreng - A009575
🔹(1) sampel nasi putih - A009576
🔹(1) sampel sayur taugeh - A009577
🔹(1) bungkus plastik lutsinar berisi biji kas-kas ditandakan ‘W’.

Turut dibawa balik ke Pejabat BSJND Hilir Perak ialah (3) orang pekerja di premis tersebut untuk dijalankan ujian saringan awal Polis. Butir- butir penama:

Tangkapan:

🔹Teluk Intan Rpt : 2133/19
No.1
Nama : Ibramsa bin Daud ( Tukang Masak)
No.Kpt : 430409-07-5279
Urin: Positif Opiate
Kesalahan : Sek.15(1)(a) ADB 1952.

🔹Teluk Intan Rpt : 2132/19
No.2
Nama : Azman bin Safari ( Pembantu Tukang Masak)
No.Kpt :870413-08-5567
Urin: Positif Opiate
Kesalahan : Sek.15(1)(a) ADB 1952.

🔹Teluk Intan Rpt : 2134/19
No. 3
Nama : Mohammed Mitu
( Pembantu Tukang Masak)
No. Pasport: BX0426589
Warganegara : Bangladesh
Urin: Positif Opiate
Kesalahan : Sek.15(1)(a) ADB 1952.

Hasil siasatan awal:

1. Tempat kejadian telah dilawati oleh IO Kes.
2. Pemilik premis memaklumkan masakan tiada menggunakan sebarang bahan terlarang atau mengkhayalkan.
3. Bahan masakan seperti kas-kas ada digunakan sedikit oleh tukang masak.
4. Sebanyak (8) sampel jenis lauk & (1) bungkus plastik lutsinar mengandungi biji kas-kas telah dirampas oleh Pegawai Kesihatan dan Polis dan telah diserahkan kepada Insp Norhazwani IO Kes untuk siasatan lanjut.
5. Kesemua barang kes (sampel lauk) yang dirampas akan dihantar ke Jabatan Kimia Ipoh oleh IO Kes bersama dengan Pegawai Kesihatan pada 19/2/19 jam 1400hrs untuk dibuat analisa.
6. Ujian urin terhadap kesemua pekerja yang ditangkap dapati positif dadah jenis Opiate.

 

Comment