Menteri DAP lantik Robert Kuok monopoli minyak kelapa sawit ke China
10:03 Mar 06, 2019  |  By SabahKini2
Menteri DAP lantik Robert Kuok monopoli minyak kelapa sawit ke China

Selepas menguasai minyak sawit Indonesia tahun lalu, kini Robert Kouk juga menguasai minyak sawit Malaysia ke China. Mampukah ia meningkatkan harga kelapa sawit untuk rakyat di negara ini?

Julai tahun 2018 ketika Malaysia bergelut dengna China mengenai pelaksanaan projek meganya seperti Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) dua orang ahli Majlis Penasihat Kerajaan Council of Eminent Persons (CEP) melaksanakan tugas mereka.

Robert Kuok CEP menuai Hasil

Daim Pengerusi CEP menjadi utusan ke China manakala Robert  Robert Kouk (Ahli CEP) cuba menyelamatkan Indonesia dengan menukar kiblat China sebagai pembeli minyak sawit terbesar Malaysia kepada negara Indonesia apabila memeterai pembelian kelapa sawit bernilai USD 726 juta di Nanjing.

Syarikat PT Wilmar Nabati milik Robert Kuok menerima kontrak terbesar.

 

KINI ROBERT KUOK JUGA MENGUASAI MALAYSIA UNTUK CHINA

Bagaimanapun semalam Menteri Teressa Kok mengumumkan bahawa Malaysia-China telah menanda tangani beberapa perjanjian berjumlah USD 891 juta yang melibatkan 1.62 juta tan kelapa sawit dari Malaysia ke China.

Ianya melibatkan 4 perjanjian iaitu-

  1. Yantai Tianmao Edible Ltd Co dengan Sime Darby Plantation Bhd, 100,000 ton.
  2. Yizheng Fangshun Industry Ltd Co dengan SOP Edible Oils Sdn Bhd , 100,000 ton
  3. iii. Yizheng Fangshun Industry Ltd Co dengan Cacao Paramount Sdn Bhd (a subsidiary of Teck Guan Group), 120,000 ton.
  4. Yang terbesar adalah di antara Yihai Kerry (Shanghai) International Trade Co Ltd, dengan PGEO Marketing Sdn Bhd1.3 juta ton. 

Sekali lagi Yihai Kerry adalah sebuah perusahaan pelaburan oleh Wilmar International Limited  milik Robert Kuok. 

Manakala PGEO Marketing Sdn Bhd yang berada di bawah PGEO Group pula adalah sebuah perniagaan agrobusiness terbesar di Asia yang juga dimiliki oleh Wilmar International Limited. 

Majlis Rasmi dalam Bahasa Cina. Dahulu dalam ECRL PH mempersoalkan kononnya menjual negara kepad China.
Bagaimana sekarang?

Seperti biasa Wilmar International Limited yang berpengkalan di Singapura mengulangi kejayaannya di Malaysia pula.

Menteri DAP Teresa Kok memilih syarikat Robert Kuok anggota CEP Malaysia. Apakah taikun akan terus kenyang dan harapan rakyat Malaysia mahu meningkatkan harga sawit Negara tercapai? Sama-sama lihat.

 

4 Comments