Perjuangan LGBT tidak lagi bersembunyi. Tanpa segan silu.
Laungan LGBT
KUALA LUMPUR - Himpunan yang diadakan di ibu kota oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan sempena Hari Wanita Antarabangsa dicemari dengan kehadiran penyokong-penyokong Golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Difahamkan, seramai 500 peserta yang menyertai perhimpunan tersebut berarak dari pusat beli belah Sogo hingga ke Masjid Jamek ambil membawa sepanduk dan plakad.
Mereka juga turut melaungkan slogan jangan kacau LGBT.
Para peserta himpunan itu terdiri daripada Women Aid Organisation (WAO), Sisters in Islam (SIS), aktivis dan pelajar.
Turut kelihatan penyokong LGBT membawa bendera warna pelangi yang menjadi lambang kepada golongan tersebut.
Antara tuntutan yang disenaraikan pada perhimpunan tersebut ialah menghapuskan diskriminasi jantina, menamatkan keganasan terhadap wanita, memperkukuhkan hak wanita dan peluang serta gaji yang sama.