Tun M menegaskan penjawat awam perlu dikurangkan. Kenaikan gaji mereka juga punca kenaikan kos sara hidup rakyat.
Saiz perkhidmatan awam yang terlalu besar akan meningkatkan perbelanjaan mengurus kerajaan sekali gus mengecilkan peruntukan perbelanjaan pembangunan negara.
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata sekiranya jumlah penjawat awam seramai 1.7 juta ketika ini tidak dikawal, kos perbelanjaan mengurus akan mengambil sebahagaian besar belanjawan negara setiap tahun.
“Ini juga menyebabkan pertumbuhan ekonomi perlahan berikutan ketidakmampuan kerajaan berbelanja untuk projek-projek pembangunan yang menjana kesan berganda kepada pertumbuhan ekonomi dan sosial negara,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang ingin tahu rasional cadangan mengurangkan jumlah penjawat awam di negara ini.
Dr Mahathir berkata kerajaan berpendapat jumlah penjawat awam boleh dikurangkan tanpa menjejaskan prestasi penyampaian khidmat, punca pendapatan pegawai yang terlibat dan peluang pekerjaan.
Bukan itu sahaja kenaika gaji penjawat awam punca kenaikan sara hidup rakyat di negara ini. Apabila gaji naik barang dan perkhidmatan akan turut naik.
September 2018 Para Menteri PH dan juga pegawai yang dilantik berang kerana kelewatan proses pelantikan pegawai sehingga 3 ke 4 bulan akibat kerenah birokrasi melibatkan kelayakan pegawai seperti kelulusan tidak menepati kelayakan pegawai. Ada pegawai kelulusan SPM tetapi mahu menjawat jawatan JUSA C. Mereka mahu gaji yang lebih besar. Mereka menuduh ini sabotaj dari pegawai BN lama.
Sebelum ini kecoh mengenai usaha kerajaan PH membuang 40 ribu penjawat awam, kini bermula tahun 2019 hingga tiga tahun akan datang 80 ribu lagi akan dibuang. Begitu juga dilaporkan gaji Menteri PH dari RM50 ribu hingga pendapatan RM104 ribu. Rakyat mempersoalkan gaji menteri yang tinggi tetapi menyalahkan gaji penjawat awam kepada kenaikan kos sara hidup.