KOTA KINABALU: Mahkamah mengarahkan stesen RTM membayar ganti rugi yang tiada didedahkan kepada Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah Datuk Seri Lajim Ukin kerana menerbitkan berita fitnah mengenai beliau.
Penentuan ganti rugi dibacakan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Indera Ayub kepada plaintif. Lajim diwakili oleh Datuk Norbert Chin dan Datuk Maijol Mahap, manakala kerajaan diwakili Razali Andijaya
Lajim ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu di sini berkata beliau gembira dengan keputusan yang telah membersihkan namanya.
'Kami mempunyai syarat untuk tidak mendedahkan jumlah bayaran pampasan yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak.
"Di samping itu, saya dibenarkan membuat kenyataan berhubung kes ini kerana telah diselesaikan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen," katanya. - fikrahmaya.blogspot.com