Kontroversi Peter Hii Chang Lik Presiden MPS kembali lagi. Kali ini mengamuk tunjuk guna kuasa dan punya wang selesaikan semula masalah. Sikap BIADAPnya jadi bualan rakyat.
Video1- Peter Hii Chang Lik mngamuk lagi
Datuk Hu Chang Lik @ Hii Chang Lik, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) mengamuk lagi. Hanya kerana bekalan elektrik dewan yang dipotong oleh SESB Presiden MPS bersikap biadap lagi menunjukkan wang dan kuasa kepada rakyat.
"I identified my self to you, I am President here. Sini ada money". katanya
Video 2- Presiden MPS yang dibangga Warisan
Sebelum ini portal Sabahkini2 sudah mendedahkan sikap Peter Chang Lik ini yang bertindak kasar, sombong dan meninggi suara kepada ketua-ketua jabatan dalam Mesyuarat Tindakan Daerah MPS.
[ARTIKEL BERKAITAN- Presiden MPS 'Taikun Samseng' maki pegawai JKR dan agensi kerajaan dalam mesyuarat ]
Video 26 Oktober 2018 - Peter Chang Lik maki hamun penjawat awam
Peter Hii Chang Lik sebelum dilantik sebagai Presiden MPS memang terkenal sebagai ketua samseng dan kaki rasuah. Lantaran itu ketika beliau menjadi Presiden MPS salah guna kuasa beliau jelas di depan mata apabila meluluskan lesen perniagaan judi Sports Toto.
[ARTIKEL BERKAITAN - Presiden MPS Luluskan lesen judi SPORTS TOTO Sandakan milik sendiri, Shafie arahkan? ]
[ARTIKEL BERKAITAN - Presiden MPS mengaku salahguna kuasa, SPRM jangan tunggu lagi.Tangkap! ]
Sekalipun terdapat laporan polis dan SPRM berhubung salah guna kuasanya Peter Hii Chang Lik yang dilindungi DAP beliau terus kekal selamat seolah-olah tidak boleh disemtuh.