Polis siasat, panggil juruterbang kes pekerja MAHB dilanggar pesawat
15:03 Mar 21, 2019  |  By SabahKini2
Polis siasat, panggil juruterbang kes pekerja MAHB dilanggar pesawat

Ketua Polis Selangor Noor Azam Jamaludin ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya akan memanggil kesemua pihak yang terbabit termasuk juruterbang pesawat itu bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung kematian kakitangan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) Mohd Ruzaimi Iskandar  Ahmad Razali selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah pesawat persendirian milik Tan Sri Vincent Tan, Berjaya Air Sdn Bhd Isnin lepas.

[ARTIKEL BERKAITAN- Rempuhan Jet Vincent Tan Berjaya Group sebabkan kematian Ruzaimi Iskandar Staff MAHB]

Mohd Ruzaimi, 39, meninggal dunia kira-kira pukul 6.45 petang di Hospital Sungai Buloh pada hari Selasa akibat kecederaan parah dalam kemalangan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang itu.

Ketua Polis Selangor Noor Azam Jamaludin ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya akan memanggil kesemua pihak yang terbabit termasuk juruterbang pesawat itu bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian tanpa niat.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Nor Azawiah Md Usuf dan empat anak berusia antara satu dan 13 tahun.

Kita doakan semoga keluarga Allahyarham Ruzaimi diberi hak sewajarnya untuk membesarkan anak-anaknya. 
Tan Sri Vincent dan Berjaya Air mesti bertanggung jawab

Dalam kemalangan pada kira-kira pukul 3.20 pagi itu, pemandu kenderaan kejuruteraan lapangan terbang berkenaan dilaporkan cedera parah sebelum disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya manakala penumpang dan kru pesawat berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami kecederaan. 

Comment