Umum Hibah 1.25 % terendah tidak mengumumkan kejatuhan nilai yang dialami dalam tahun 2018 selepas PRU14 iaitu RM10b. Mengapa sembunyi fakta kerugian ini?
Tabung Haji umum hibah 1.25%. Ia hibah yang terendah TH dalam sejarah negara
Namun macam biasa alasan para macai PH berkata menyimpan di Tabung Haji bertujuan dipermudahkan untuk menunaikan haji. Bukan untuk mendapatkan keuntungan.
Macam biasa Menteri PH salahkan BN. Wal hal 10 bulan PH memerintah dah kelam kabut dan hilang berbilion ringgit.
Nov 2018, PH umum bahawa TH mengalami defisit sebanyak RM4.1 bilion kerana BN telah secara kejam membayar dividen / hibah kepada rakyat selama 4 tahun. Kononnya penabung dapat untung banyak adalah salah.Rakyat tak berhak dapat untung banyak.
Semalam ada pula alasan baru TH telah menyembunyikan kerugian RM10 bilion pada tahun 2017
PH mengesan defisit selepas melantik audit PWC (syarikat Yahudi) pro Menteri Kewayangan LGE membuat audit kepada TH. Tak perlu susah masukkan saja audit Yahudi ke dalam TH. Semua akaun mereka buka dan dedah.
Sedangkan TH telah diaudit oleh Jabatan Audit Negara setiap tahun tetapi tidak pernah ada pula tuduhan bahawa TH mengalami defisit. Memang pelik.Audit Negara ni tak mungkin melakukan kesalahan? Atau jika ada tangkap saja bekas Ketua Audt Negara dalam tempoh 4 tahun kerugian itu.
Kini beberapa jam sebelum pengumuman hibah semalam, tuduhan TH sembunyi kerugian RM10 bilion untuk tahun 2017 tiba-tiba terkeluar pula.
Mengapa sorokan RM10 bilion ini tidak pernah disebut oleh PWC dan juga Jabatan Audit Negara sehingga semalam?
Apa sebenarnya berlaku? Soalan patut ditanya.
Apakah kerugian nilai aset yang dialami pada tahun 2018?
Khazanah berani umumkan nilai aset mereka jatuh RM25 bilion untuk tahun 2018. Bagaimana pula dengan Tabung Haji?
ARTIKEL BERKAITAN- PH ambil alih, nilai Khazanah jatuh RM25b rugi RM6.3b Azmin kata lupakan!]
Semasa mengumumkan Hibah semalam, mereka tidak mengumumkan kejatuhan nilai yang dialami dalam tahun 2018. Data ini masih disorok oleh Menteri Mujahat PH.
Sedangkan 53 peratus dari aset TH dilabur di dalam saham-saham yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Pada 2 Jan 2017, indeks Bursa adalah 1,671 mata.
Indeks naik dalam tahun 2017 ke 1,869 mata pada 2 Jan 2018.
Tetapi indeks jatuh hampir 200 mata ke 1,690 mata pada 2 Jan 2019 selepas PH ambil alih.
(Indeks jatuh 62 mata lagi dalam 3 bulan pertama tahun ini ke 1,628 mata pada 1 April 2019).
Untuk tahun 2017, indeks naik 200 mata.
Untuk tahun 2018, indeks jatuh 200 mata.
Selepas PRU14 Kerajaan PH Rugi RM10 bilion
Sebenarnya, TH telah mengalami kerugian RM10 bilion pada tahun 2018 tetapi PH sedang berusaha untuk salahkan BN dengan menipu bahawa kerugian ini adalah dalam tahun 2017 tetapi disorok.
"Disorok" dengan begitu cekap sehingga Jabatan Audit Negara dan PWC tidak pernah berjaya untuk mengesannya selama ini?
PH ingat ianya senang sangat untuk menyorok kerugian RM10 bilion ke?
Artikel Asal- Najib Razak
[ARTIKEL BERKAITAN- Selepas SPV diurus 'Cina DAP' kini Tabung Haji agih hibah paling rendah 1.25 peratus ]