Kementerian Luar Malaysia telah beberapa kali ingin bertemu dengan Doris Jones, orang bertanggungjawab atas gerakan Sabah dan Sarawak Keluar Malaysia (SSKM).
Menurut Menteri Luar Datuk Seri Panglima Anifah Aman, beliau tidak berjaya bertemu Doris kerana Doris sendiri yang enggan menemui beliau.
"Sebaliknya, dia telah memberikan alasan bahawa dia takut ditangkap jika dia bersetuju bertemu dengan saya," kata Anifah.
kata Anifah Aman, Gerakan Sabah Sarawak Keluar Malaysia adalah tidak waras kerana bercita-cita mahu keluarkan Sabah dari Malaysia.
Bagi Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, SSKM terlupa banyak isu terutamanya aspek keselamatan termasuk konflik negara jiran.