CM Sabah selamatkan Junz Wong ‘mulut longkang’, tuduh media ‘tukang laga’
07:05 May 16, 2019  |  By SabahKini2
CM Sabah selamatkan Junz Wong ‘mulut longkang’, tuduh media ‘tukang laga’

Selepas disindir IGP pejabat CM Sabah terpaksa selamatkan Junz Wong. Junz Wong yang cakap kemudian taktik salahkan orang lain dibuat

Selepas gagal menangani persepsi ‘mulut longkang’ Junz Wong Naib Presiden Warisan yang sedang bertelagah dengan IGP, Pejabat Ketua Menteri Sabah membuat kenyataan media menuduh penulis blog dan portal cuba melagakan parti Warisan Sabah dengan polis Cawangan Khas (SB).

Dalam kenyataan media itu yang bersifat mengurang ketegangan pergeseran antara Junz Wong dan IGP, pejabat Shafie Apdal menegaskan bahawa kerajaan Sabah tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan menghalang pegawai polis SB menghadiri majlis awam melibatkan ketua menteri.

"Kerajaan tidak pernah menghalang pegawai SB menghadiri majlis dan sidang media ketua menteri.

"Tiada dasar seperti itu. Tiada arahan daripada ketua menteri atau dasar kerajaan untuk menghalang sesiapa menghadiri sidang media, kerana apa yang dikongsikan dalam sidang media adalah maklumat awam.

"Maka jelas penulis blog itu mereka cerita tentang larangan ini untuk memprovokasi atau merosakkan hubungan kerajaan dengan polis," katanya.

Bagaimanapun kenyataan Junz Wong sangat jelas memperlekehkan polis sehingga meminta SB untuk memperkenalkan diri.

[ARTIKEL BERKAITAN- SB perlu perkenalkan diri hadir majlis kami kata Naib Presiden Warisan ]

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador kemudian mengulas bahawa beliau terkejut mengetahui perkara itu dan mengingatkan bahawa menghalang pegawai SB menjalankan tugas adalah melanggar undang-undang.

[ARTIKEL BERKAITAN- IGP terkejut SB dihalang hadir sidang media Warisan ]

Saya akan suruh SB bawa plakad untuk perkenal diri sindir IGP kepada Warisan

Dalam sidang media yang lain IGP turut menyindir Warisan akan mengarahkan pegawainya membawa plakad memperkenalkan diri sebagai SB.Mungkin Warisan tak faham sindiran IGP itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Saya akan suruh SB bawa plakad untuk perkenal diri sindir IGP kepada Warisan ]

 

VIDEO- KINITV

 

6 Comments


Kamaya | 5 hours ago
Video asal dr Youtube tiada translator .mohon Sabahkini semak balik
Kamaya | 5 hours ago
Sapa punya kerja english translator IGP selitkn perkataan Quran & ayat2 kurang sopan dlm video ni?
Kamaya  | 5 hours ago
Lihat minit 3.01-3.02...mohon alert benda2 spt ini & jgn d uploadkan
Kamaya  | 5 hours ago
Kinitv video pulak tu
Anak Sabah | 5 hours ago
Menteri Junz Wong ` MULUT LONGKANG ' mmg padan dgn gelaran yg d beri...bagus letak jawatan la kalu nda tau tugas2 PDRM..pegi sekolah blajar balik..BODOH punya menteri...
din | 5 hours ago
magsukul naa piee, shalamat na ic kelabat