PTPTN akan sekat ke luar negara, perbaharui passport, lesen, cukai jalan dan lesen perniagaan
14:05 May 16, 2019  |  By SabahKini2
PTPTN akan sekat ke luar negara, perbaharui passport, lesen, cukai jalan dan lesen perniagaan

Pengerusi Wan Saiful Wan Jan dan Timbalan CEO PTPTN, Mastura Mohd Khalid perkenal cadangan lebih baik kutip hutang PTPTN

Akhirnya mahasiswa dan anak muda terus 'dikencingkan' lagi apabila Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN) dilaporkan mungkin akan memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam yang gagal membayar balik pinjaman jika perkara itu dimahukan orang ramai.

Dalam taklimat media bersama pentadbiran tinggi PTPTN hari ini, termasuk Pengerusi Wan Saiful Wan Jan tampil dengan kontroversi baru bagi cadangan PTPTN untuk mengutip baki pinjaman pendidikan yang tidak dibayar oleh peminjam. 

Menurut Timbalan CEO PTPTN, Mastura Mohd Khalid, ini termasuk cadangan PTPTN yang lebih ektrem dengan menyekat peminjam daripada memperbaharui pasport, lesen, cukai jalan dan lesen perniagaan kepada kabinet.

Sebelum ini pelbagai cadangan termasuk apa yang disenaraikan dalam manifesto PH gagal dilaksanakan oleh PTPTN. Kerajaan PH mengalu-alukan komen dari rakyat bagi cadangan yang dianggap terbaik membolehkan peminjam membayar hutang PTPTN yang tertunggak.

46 Comments