Gara-gara tidak tahan dengan gangguan seksual melampau Ahli Parlimen PKR Sg Siput, YB S Kesavan seorang wanita bekas petugas parlimen dan bendahari PKR Sg Siput membuat laporan polis.
Dalam laporan polis itu, wanita berkenaan mendakwa menerima gangguan seksual daripada YB S.Kesavan sejak Disember tahun lalu.
Menurut sumber parti, bekas bendahari itu yang juga adalah seorang peguam dari Puchong membuat laporan polis pada 16 Mei lalu mendakwa dia menerima gangguan seksual setelah bekerja dengan ahli parlimen itu selepas pilihan raya umum ke-14 pada tahun 2018.
Katanya, masalah atau gangguan seksual kemudian mula menjadi-jadi.
"Tingkah laku YB S Kesavan bertambah buruk apabila beliau mula menghantar mesej mellaui aplikasi Whatsapp sebagai 'Ammu cyg' dan 'I love you ',"
"Perbuatan beliau agak melampau sehingga membuat panggilan mencecah 50 panggilan sehari. kata wanita tersebut.
Pada akhir tahun lalu, selepas mengadu kepada suaminya (Selva Kumar) berkenaan tindakan ahli parlimen tersebut dan juga meletak jawatannya sebagai bendahari cabang, kedua-dua pihak bersetuju untuk bersemuka dan menyelesaikan masalah berkenaan.
“Dia berjumpa saya dengan suami saya sambil memohon maaf dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan sedemikian.
“Namun, ini tidak berakhir tetapi saya terus menerima mesej dan gambar-gambar lucah.
"Malah, dia buat pula panggilan video dan menunjukkan buku 'kamasutra'," kata wanita itu merujuk buku kuno India yang menceritakan mengenai seksualiti dan erotika.