Bimbang 'kantoi' lelaki simen mayat Kekasih ke dalam lubang konkrit
07:06 Jun 18, 2019  |  By SabahKini2
Bimbang 'kantoi' lelaki simen mayat Kekasih ke dalam lubang konkrit

Mangoshvili yang sudah berkahwin dilaporkan menjalin hubungan sulit dengan Tatiana, seorang ibu tunggal yang memiliki tiga anak. Ibu tunggal mengugut untuk dedah hubungan

Seorang lelaki bertindak kejam apabila membunuh kekasihnya sebelum membakar dan mencampak mayat mangsa ke dalam lubang yang kemudian ditimbus dengan batu serta konkrit.

Menurut dokumen mahkamah, Vasily Mangoshvili, 31, mencekik Tatiana Mukhorotova, 24, hingga mati ketika bergaduh di sebuah kampung di Alexeyevskoye, Russia.

Mail Online melaporkan, Mangoshvili yang sudah berkahwin dilaporkan menjalin hubungan sulit dengan Tatiana, seorang ibu tunggal yang memiliki tiga anak.

Pasangan itu dilaporkan bergaduh selepas Tatiana mendesak Mangoshvili meninggalkan isterinya dan wanita itu juga mengugut untuk mendedahkan hubungan mereka.

Kerana berang, Mangoshvili mencekik Tatiana hingga mati sebelum dia membakar mayat wanita itu.

Mangoshvili kemudian membuang mayat mangsa ke dalam satu lubang sebelum menutupnya dengan batu dan simen.

Kehilangan Tatiana disedari ibunya apabila mangsa tidak pulang ke rumah selepas bertemu Mangoshvili yang dikenalinya di laman media sosial.

Suspek yang mengaku salah atas tuduhan membunuh wanita itu kemudian dihukum penjara sembilan tahun oleh mahkamah. – Agensi

185 Comments