UM ke 70 dunia: Kejayaan skandal KPM bayar berjuta beli QS World University Rankings?
23:06 Jun 19, 2019  |  By SabahKini2
UM ke 70 dunia: Kejayaan skandal KPM bayar berjuta beli QS World University Rankings?

Apa yang KPM sasarkan 5 tahun lalu sedang menuai hasil.Hanya di QS World University Rankings, ranking Universiti Malaysia meningkat. Tetapi di Times Higher Education World University (THES) terus gagal. Mengapa? kuncinya bayar!

SKANDAL sindiket Kementerian Pendidikan mengarahkan Universiti Awam membeli ranking  bagi meletakkan universiti sebaris dengan universiti terbaik dunia menggunakan  QS World University Rankings pernah didedahkan tahun 2016.

Pada tahun itu senarai baru QS World University Rankings masing-masing berbangga mengemaskinikan status mereka termasuk pelaporan media massa UM dari 146 tahun 2015 meningkat 133 tahun 2016.

QS World University Rankings 2015-2016

QS World University Rankings 2017-2018

QS World University Rankings 2018-2019

Jika kita melihat QS World University Rankings sejak tahun 2016 atau lebih awal lagi sejak 2013 nampaknya prestasi Universiti Awam di Malaysia menunjukkan prestasi meningkat, biasanya 5 Universiti Awam (UKM, UTM, USM, UPM) dan paling utama adalah Universiti Malaya. Ia hanya tradisi membeli, jika Pakatan Harapan mahu 'claim' ia tidak bukan hanya mereka mengekalkan dasar pembelian QS World University Rankings sahaja. 

Tahun ini berita yang menjadi pilihan ialah Universiti Malaya (UM) kini berkedudukan ke-70 terbaik dunia, naik 17 anak tangga berbanding tahun lalu bagi  Quacquarelli Symonds (QS) World University Ranking 2020. Termasuk menduduki tempat ke -18 di Asia.

Sebanyak 20 institusi pendidikan tinggi tempatan (awam dan swasta) di negara ini tersenarai dalam kedudukan 1,000 universiti terbaik dunia dengan 10 daripadanya mencatat peningkatan, dua (tidak berubah), tujuh (penyertaan baharu) serta satu (menurun).

Malah Pengarah Penyelidikan QS, Ben Sowter sangat berbangga Universiti di Malaysia yang disokong oleh kerajaan Malaysia. Lumrah berniaga kamu bayar maka kamu akan terus mendapat pujian.

Hasil kejayaan Program Pembelian QS World University Rankings

Pencapaian dalam QS World University Rankings yang diumumkan bukanlah perkara baru. Ia adalah program 5 tahun lalu Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT kini KPM). Ia digerakkan lama sejak Shafie Salleh, DS Mustapa Mohamed, dan Khaled Nordin menjadi Menteri melalui Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara (PSPTN). Bagaimanapun versi Dato’ Seri Idris Jusoh pada tahun 2015-2020 dengan slogan Soaring Upwards lebih agresif. 

KPT ketika itu hanya memberikan penumpuan kepada status World Ranking semata-mata. Semua IPT diminta menyertai QS World University Rankings dengan membayar jutaan ringgit kepada badan ini semata-mata untuk bertanding dan membuktikan siapa lebih bagus.Tiada jalan lain untuk popular melainkan utamakan sistem ranking. Paling mudah memilih QS World University Rankings yang boleh dibeli.

Naib Canselor universiti tiada pilihan dan dipaksa untuk masuk liga berebut takhta terbaik dunia dan berlumba-lumba untuk memuaskan hati dan nafsu sekumpulan individu yang menjadikan kayu ukur kejayaan pendidikan tinggi dari sudut nombor semata-mata. Jika tidak akur bermakna universiti tidak seiring dengan apa yang kementerian mahu. Ini belum masuk kepada isu pelantikan pensyarah luar ke dalam IPTA untuk kejar ranking.

Inilah apa yang dilakukan oleh Dr Zaini Ujang semasa KSU dahulu dan Dr Asma Ismail sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi KPT ketika itu. Mereka memburu ranking. Apabila ia menjadi kebiasaan maka universiti tidak lagi berani untuk jatuh, mereka mahu kekal dalam ranking dan kini ia menjadi sebahagian dari SINDROM dan BUDAYA WAJIB universiti. Ia kekal hingga kini!

Tahun lalu Dr Maszlee berkata rankinng universiti tak penting namun tahun ini keluar sahaja senarai hasil pembelian QS World University Rankings Dr Maszlee tampil megah mengumumkan seperti biasa 5 UA yang memang sentiasa dalam ranking.

 

 

UNIVERSITI  BAYAR JUTAAN RINGGIT MENYERTAI QS WORLD UNIVERSITY RANKINGS!

Cara membeli rankings

Menurut sumber Universiti dipaksa membayar lebih RM 2 juta untuk membeli ranking. Semua Universiti yang tersenarai dalam  QS World University Rankings didapati membayar jutaan ringgit sejak beberapa tahun dulu. Hasilnya luar biasa. Lantaran itu sesuatu yang ganjil apabila kedudukan  UM, UUM, UKM, UPM, UTM dan USM tiada dalam senarai yang hebat dalam Times Higher Education World University (THES). Mengapa? syarat THES lebih ketat da sukar untuk Universiti di Malaysia disenaraikan seperti QS World University Rankings.

Kedudukan dalam Times Higher Education World University (THES) jauh berbanding QS World University Rankings 

UniMAP dan beberapa Universiti misalnya terlibat berbelanja untuk membeli ranking ini tahun 2016 dan pada tahun 2017 mereka menuai hasil apabila berada pada 451 dalam bidang kejuruteraan dan teknologi tahun 2017. Tahun 2019 dan 2020 Unimap terus kekal dalam senarai rangking 1000.


Kali pertama selepas Unimap beli QS World University Rankings 

Turut tersenarai baru kali ini dalam melalui hasil pembelian ranking ialah Universiti Malaysia Pahang (UMP);  Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam kedudukan 1000 terbaik.

UMS universiti baru yang menuai hasil program pembelian QS World University Rankings 

Tidak menghairankan, Universiti Awam yang mempunyai peruntukan dana pasti akan terjebak. Bersiap lebih RM2 juta!. Mendaftar di QS World University Rankings sahaja memerlukan Universiti awam membayar melebihi RM1juta. ( Beli Sistem & Kriteria Penilaian).

Belum masuk lain-lain lagi. Selebihnya adalah kaedah berikut;

  1. Ikut QS buat conference/seminar/program bersama. QS kutip yuran universiti perlu bayar.
  2. QS buat seminar DLL. Universiti buka ‘booth’. Universiti kena bayar QS lagi
  3. Universiti kena sertai seminar anjuran QS dan Universiti kena bayar kepada QS.
  4. QS Star Ratings juga perlu dibayar oleh universiti.

Demi QS World University Rankings Universiti akan manipulasi data terutama data pelajar dan pensyarah. Contohnya Jika Universiti Malaya ada

17000 pelajar
2900 pensyarah
798 pensyarah antarabangsa

Nisbah pelajar pensyarah UM dijadikan sebagai antara yang terbaik di dunia iaitu

6 pelajar 1 pensyarah. ( 6:1)

Persoalannya boleh percaya ke? Setiap 3 pensyarah tempatan ada 1 pensyarah luar negara? Benarkah?  Bukan tipu data? Jika begitu apa nasib pensyarah tempatan jika keutamaan kepada pensyarah luar?

Sekali lagi cuba anda lihat kedudukan mereka di THES Rankings atau mungkin Shang Hai Jio Tong Rankins (SJTU). Ada tersenarai?  Mengapa hanya QS World University Rankings sahaja yang terus meningkat? Mengapa? Sebab ‘Anda bayar maka anda dapat!

Jika skandal beli ranking ini satu pembohongan anda boleh menyemak dengan perbelanjaan universiti masing-masing yang terlibat dengan program pembelian QS World University Rankings atau KPM sendiri. Wang rakyat terbang berjuta kerana membayar QS World University Rankings, pensyarah pula dipaksa oleh sistem untuk fokus kepada penyelidikan dan penerbitan selain berlumba-lumba mengumpulkan geran penyelidikan sehingga lupa tugas mendidik mahasiswa. 

Jadi jika ada pemimpin Pakatan Harapan (PH) seperti Nga Kor Ming 'claim' QS World University Rankings maka anda hanya perlu tersenyum sahaja. Raikan. 

 

 

 

 

 

 

20 Comments