Empangan Papar tetap dibina ,Kerajaan Warisan lawan rakyat yang menentangnya
06:06 Jun 29, 2019  |  By SabahKini2
Empangan Papar tetap dibina ,Kerajaan Warisan lawan rakyat yang menentangnya

Dari Kaiduan ke Bisuang dan kini Kg Menderingin. Rakyat, NGO TAKAD bertekad akan melawan pembinaan empangan Papar. Kerajaan Warisan pula terus bertegas akan melawan rakyat yang menghalangnya.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri pada September 2018 sudah bertegas akan terus membina projek empangan walaupun mendapat bantahan daripada rakyat atau penduduk kampung.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, akan membina empangan di tiga daerah iaitu Papar, Kota Belud dan Tambunan.

"Saya tahu empangan Kaiduan menjadi satu masalah besar, isu politik kita, dan saya telah nyatakan di peringkat Kabinet...kita perlu laksanakan sesuatu kerana kalau tidak kita akan berhadapan dengan masalah bekalan air.

"Tidak ada maknanya rakyat bising di sana mungkin dengan 1,000 orang tetapi esok harinya kita berhadapan dengan kekurangan air di Kota Kinabalu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Rakyat bising atau 1000 orang protes, empangan tetap dibina- Shafie Apdal ]

http://sabahkini2.com/en/news/1191/rakyat-bising-atau-1000-orang-protes-empangan-tetap-dibina-shafie-apdal/view

Kabinet Sabah luluskan empangan Papar dan akan hadapi pengkritiknya kata Shafie

Pada Oktober 2018 sekali lagi Shafie Apdal mengulangi akan menentang pengkritiknya. Ketika ini Empangan Papar diumum bertukar di Kg Bisuang Papar. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Kabinet Sabah luluskan empangan Papar dan akan hadapi pengkritiknya kata Shafie ]

http://sabahkini2.com/en/news/1377/kabinet-sabah-luluskan-empangan-papar-dan-akan-hadapi-pengkritiknya-kata-shafie/view

Terbaru Shafie Apdal sekali mengulangi kenyataannya dengan berkata Kerajaan Negeri pimpinan Parti Warisan Sabah (Warisan) hanya membatalkan pembinaan empangan Kaiduan yang diluluskan semasa kerajaan Barisan Nasional. Empangan Kaiduan bukan Empangan Papar.

“Empangan Papar adalah tidak sama dengan empangan Kaiduan… projek pembinaan empangan Kaiduan yang dirancang sebelum ini mahu dibina di kawasan daerah Penampang, sementara empangan Papar pula akan dibina keseluruhannya di daerah Papar.

Sebelum ini Empangan Kaiduan ditentang sejak 10 tahun lalu oleh pemimpin Warisan yang kini menjadi Menteri Kabinet Persekutuan dan Negeri dan ditukar sekali lagi nama di lokasi Sg Bisuang Papar dinamakan semula sebagai Empangan Papar. Nilainya tetap sama hampir RM3bilion.

Netizen menjadikan polemik ‘U-Turn’ pemimpin Warisan dan PH seperti Darell Leaking, Terence Siambon, Kenny Chua serta anak-anak Lasimbang sebagai bahan ‘troll’ menyindir sikap bisu dan kepura-kepuraan mereka selama ini terhadap rakyat. Bila dah ada jawatan maka menjadi sebaliknya.

 

27 Jun lalu media melaporkan lawatan kerja Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony ke tapak baru Empangan Papar yang kini dibina bersebelahan Kampung Menderingin tidak lagi di Bisuang.

 

Alasan dengan taktik yang sama iaitu dari Kaiduan ke Bisuang dan kini ke Menderingin.

“Sebelum ini (semasa kerajaan Barisan Nasional), empangan berkenaan yang dikenali sebagai empangan Kaiduan sepatutnya dilaksanakan di kawasan persempadanan daerah Penampang dan Papar, namun kerajaan kini memutuskan untuk memindahkan lokasi dan akan dibuat sepenuhnya di kawasan Papar.

Selepas ini jika rakyat Papar di kawasan Kg Menderingin protes agaknya alasan seterusnya kawasan Papar mana pula akan digunakan.

Diana Sipail jurucakap Jawatankuasa Bertindak Menentang Pembinaan Empangan Kaiduan (Task Force Against Kaiduan Dam) TAKAD pernah berkata “walaupun nama projek tersebut telah ditukar kepada nama lain iaitu pembinaan empangan Papar, namun projek tersebut tetap sama memandangkan laluan sungai turut melibatkan sungai yang sama ke Moyog Penampang.

Maka tidak harian 11 Ogos tahun lalu lebih 200 penduduk Kampung Bisuang, Papar, berkumpul secara aman tanda protes terhadap kerajaan Sabah berikutan cadangan pembinaan empangan air dipindahkan dari Kaiduan ke kampung itu.

Pastinya selepas sahaja lawatan Datuk Peter Anthony di tapak Empangan Papar, Kg Menderingin, penduduk juga akan membuat protes dan mengadakan sekatan di kawasan berkenaan.

Jawatankuasa Bertindak Menentang Pembinaan Empangan Kaiduan (Task Force Against Kaiduan Dam) Takad dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam facebook ‘Save Ulu Papar’ baru-baru ini bertekad akan terus memperjuangkan hak rakyat menentang pembinaan Empangan Papar.

Shafie Apdal dan Peter Anthony bertegas akan melaksanakan projek Empangan Papar sekalipun ditentang rakyat. Mereka tidak tidak akan tunduk kepada rakyat demi projek hampir RM3 bilion ini.

Peter dan Amarjit Singh Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah yang sebelum ini sama-sama ditahan SPRM kerana penyelewengan dana KKLW RM1.5 bilion menjadi penggerak utama projek ini.

[ARTIKEL BERKAITAN- Mengapa Shafie lantik Amarjit Singh Pengarah Jabatan Air? Semuanya kerana projek Empangan Papar RM2B!]

 http://sabahkini2.com/en/news/1104/mengapa-shafie-lantik-amarjit-singh-pengarah-jabatan-air-semuanya-kerana-projek-empangan-papar-rm2b/view

 

 BACA ARTIKEL LAIN

“Suka tak suka Empangan Papar perlu diteruskan demi rakyat Sabah”- Peter Anthony
http://sabahkini2.com/en/news/1458/suka-tak-suka-empangan-papar-perlu-diteruskan-demi-rakyat-sabah-peter-anthony/view

Projek Empangan Papar dicepatkan tahun depan - Peter
http://sabahkini2.com/en/news/1788/projek-empangan-papar-dicepatkan-tahun-depan-peter/view

 

 

 

 

32 Comments