SHAH ALAM - Selepas beberapa hari isu mengenai pakaian seragamnya dikritik beberapa pihak, Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya tampil memberi penjelasan hari ini.
Menurut Latheefa, beliau menyambut baik dan berterima kasih kepada mereka yang telah menunjukkan minat yang tinggi terhadap pakaian seragam yang dipakainya itu.
“Secara telus saya mengaku, saya baru sahaja mempelajari berkenaan lencana pangkat, bar ribbon dan pemakaian seragam.
'Bar ribbon yang dikepilkan ke atas saya adalah berdasarkan Perintah Tetap Ketua Pesuruhjaya SPRM Bab A (Dasar), Bil 1 Tahun 2012, yang telah mengarahkan bahawa seseorang Ketua Pesuruhjaya berdasarkan jawatannya dikehendaki memakai bar ribbon seperti yang disenaraikan. Walaupun pada asasnya ianya adalah betul dan boleh diterima, namun terdapat sedikit kekhilafan dalam bar ribbon yang kini telah pun diperbetulkan.
KENYATAAN PENUH KETUA PESURUHJAYA SPRM SEPERTI BERIKUT-