'Tabakal' lagi..Setahun Warisan nampaknya kawasan rumah setinggan juga kerap terbakar. Ia kekal misteri hingga sekarang. Apakah sebab dan tujuannya? Tiada kemalangan nyawa..dokumen pula...
TAWAU: Nampaknya sejak pemerintahan Warisan setahun ini dianggarkan sudah 20 kebakaran berlaku di kawasan Setinggan seluruh Sabah. Setiap kali kebakaran disitulah banyak pengumuman dibuat seperti bantuan Jabatan Pendaftaran Negara, pemberian rumah atau tanah untuk setinggan.
Kebakaran lebih kerap ini sangat misteri seolah-olah terdapat unsur sabotaj dilakukan oleh pelbagai pihak untu meraih keuntungan.
Terbaru sebanyak 86 rumah termasuk sederet rumah kongsi dalam kebakaran di Kampung Kinabutan Kecil, dekat sini.
Dalam kejadian yang pada jam 10.30 pagi itu, kebanyakan daripada lebih 300 mangsa tinggal sehelai sepinggang selepas gagal menyelamatkan harta benda masing-masing.
Puluhan rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Batu 4, Jalan Apas di Tawau. – Gambar Media Sosial
Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau, Sharudy Delamin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.36 pagi sebelum sepasukan 35 pegawai dan anggota bersama lima jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.
Beliau berkata, sebaik tiba pihaknya mendapati keadaan api sedang marak dan merebak selain beberapa rumah sudah musnah dijilat api.
“Anggota bomba kemudiannya menjalankan operasi mengawal dan memadam kebakaran menggunakan pili bomba berhampiran selain sumber air terbuka daripada air sungai.
“Operasi turut dibantu penduduk kampung sebelum kebakaran berjaya dikawal kira-kira sejam kemudian,” katanya ketika ditemui lokasi, hari ini.
Beliau berkata, api merebak dengan pantas berikutan keadaan berangin selain struktur rumah yang dibina daripada papan itu terlalu rapat antara satu sama lain
Bagaimanapun katanya, setakat ini tiada sebarang laporan kemalangan jiwa manakala punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Setakat ini tidak diketahui apakah bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri.