PASIR SALAK- Kerajaan berusaha memperluaskan inovasi dan penggunaan teknologi baharu bagi memperkasa serta meningkatkan produktiviti industri pertanian, yang seterusnya mampu meningkatkan pendapatan dan ekonomi negara.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam lawatan kerjanya ke Perak turut meninjau pendekatan baharu proses pembajaan dan penuaian di FELCRA Seberang Perak seperti penggunaan teknologi Dron meningkatkan kualiti dan produktiviti tananam padi.
“Dengan menggunakan teknologi baharu warga petani tidak perlu lagi membanting tulang. Ini adalah pertanian masa hadapan. ‘Smart Farming Precision Agriculture”. katanya selepaskan meluangkan masa melawat Pusat Pusat Benih Padi FELCA Seberang Perak di sini, semalam.
Sementara itu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut menyaksikan upacara penyerahan Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) Syarikat MATA Aerotech dengan FELCRA yang disempurnakan oleh Mohd Nazrul Izam Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad dan Wan Azrain Adnan, Ketua Eksekutif MATA Aerotech.
Hadir sama adalah Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak Abdul Yunus Jamahri dan Pengerusi FELCRA Datuk Mohamad Nageeb Abdul Wahab.
Memorandum Persefahaman ini berlandaskan kerjasama mengintegrasikan teknologi dalam model pertanian pintar yang mampu memperkukuh komitmen FELCRA meningkatkan pencapaian organisasi serta menambah baik kualiti hidup warga FELCRA.
MATA Aerotech ialah sebuah organisasi berteraskan teknologi dron dan robotik kerjasama syarikat Malaysia dan Taiwan iaitu Nexus Union, SWS Capital Berhad serta GEOSAT Aerospace & Technology Inc.
Menurut Wan Azrain Adnan, Ketua Eksekutif MATA Aerotech, langkah FELCRA ke arah model pertanian pintar ini mampu menarik perhatian lebih ramai usahawan tani untuk mengorak langkah yang sama.
Selain analisa data yang cekap daripada teknologi dron mampu membantu menambahbaik prestasi pengurusan ladang, peningkatan hasil, pemetaan yang tepat, penyemburan baja bersasar, penjimatan kos serta mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Pada masa yang sama kita mampu menarik minat anak muda Malaysia untuk melibatkan diri di dalam sektor pertanian mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing.
“Model pertanian pintar bakal mengubah landskap sektor pertanian negara. The future is here!” ujar Wan Azrain.