Sabahkini2.com dan pengguna telco Maxis
20:08 Aug 14, 2019  |  By SabahKini2
Sabahkini2.com dan pengguna telco Maxis

Kami mendapat aduan tentang pengguna telco maxis yang tidak dapat akses kepada portal Sabahkini2.com.

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Pihak editor portal Sabahkini2 mengucapkan terima kasih atas sokongan rakyat dan pembaca terhadap Sabahkini2.com. Tanpa anda siapalah kami.

Kami juga mengucapkan terima kasih atas begitu banyak aduan, maklumat, artikel atau bahan yang dihantar kepada kami.

Bagaimanapun kami mendapat aduan tentang pengguna telco maxis yang tidak dapat akses kepada portal Sabahkini2.com.

Setakat hingga kini semua telco seperti Celcom, Digi,U-Mobile malah penyedia jalur lebar seperti Telekom Malaysia (Unifi/Streamyx) dan TIME Broadband masih boleh mengakses portal Sabahkini2.com

Dicadangkan kepada rakan-rakan pembaca talian Maxis menggunakan Virtual Private Network (VPN),  aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma ataupun berbayar dalam internet.

Sekali lagi kami mengucapkan terima kasih kepada pembaca. Sebarang cadangan atau apa sahaja aduan boleh diemel kepada kami melalui emel [email protected].

 "Yang Penting Sebar dan Kongsikan".

Sekian.

Ketua Editor Sabahkini2
14 Ogos 2019

2 Comments