KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jamman dikatakan bakal menetap kekal di Parlimen Sepanggar apabila desas-desus beliau membuat lawatan rumah banglo berkembar berharga RM 1.8 juta di Bukit Sepanggar baru-baru ini.
Menurut sumber Azis Jamman bakal membeli rumah banglo di tanah berkeluasan 7240 perkaki itu berdasarkan maklumat diberikan oleh penduduk di kawasan kejiranan.
Dijangka dengan pembelian banglo mewah itu nanti rakyat di kawasan Sepanggar lebih mudah berurusan dengan Ahli Parlimen itu nanti bagi menyelesaikan isu setinggan, perumahan, dadah dan pendatang asing tanpa izin yang berleluasa di Sepanggar
Selain itu isu-isu infrastruktur seperti jalan dan jambatan juga bakal diselesaikan. Antara aduan itu ialah jambatan dan jalan di Kg Kalansanan yang masih belum dibaiki sejak selepas pilihanraya lalu.
Lawatan Azis Jamman di Sepanggar
Jambatan di Kg Kalansanan yang dijanji dibaiki hingga sekarang belum dibaiki
Jalan Kg Kalansanan yang rosak